Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Suamiku Bakal Tunangan Orang-realiti dia memang suami aku dan juga suami madu2 ku dan ayah kepada anak2 maduku.


Salam admin..cerita ni hanyalah sekadar perkongsian utk semua diluar sana. Semoga apa yg sy luahkan ni mampu menjadi pengajaran utk semua dan pengalaman dlm hidup sy.
#Suamiku Bakal Tunangan Orang#

Assalamualaikum dan selamat malam sahabat sekalian.
Sebuah coretan yg aku tinggalkan secara ringkas utk tatapan sahabat di luar sana. Sebuah kehidupan dan cerita sebenar ttg apa yg sedang aku lalui. Bukan sebuah lakonan bukan sebuah novel.

Aku seorang wanita dan juga seorang isteri. Terlahir dlm sebuah kehidupan yg sederhana tetapi lengkap dgn segalanya.
Dlm tempoh beberapa minggu suami aku akan menjadi tunangan org. Aku pula hanya mampu melihat. Puas aku cuba menasihati tetapi dia bukanlah seorang yg suka mendengar nasihat atau dinasihati. Baginya apa yg dibuat adalah betul dan andai di halang terimalah padahnya. 

Setiap hari pulangnya ke rumah lewat selalu. Tidak pernah menjemput aku seperti biasa. Masa dan waktu dihabiskan bersama kekasih barunya.
Aku wanita yg dinikahinya dan disimpan demi menurut kehendaknya. Setiap kali dia berkahwin lain pasti dia akan menyembunyikan status yg dia sudah punya isteri. Setiap kali aku mengetahui mana2 perempuan yg menjadi skandal dia setiap kali tu juga akan terima kata2 cacian dan makian. Aku dituduh cuba mengganggu kebahagian dia dgn mana2 perempuan. Hancur hati aku bila mendengar setiap kata2 yg keluar dr mulutnya.

Setiap kali aku menghantar pesanan ringkas mahupun cuba menghubungi wanita yg menjadi mangsa setiap kali tu juga dia akan melakonkan watak dan permainan sehingga semua org mempercayainya. Demi Allah yg aku luahkan semuanya adalah kebenaran. Kenapa sukar utk memahami. Aku bukan berlakon tetapi realiti dia memang suami aku dan juga suami madu2 ku dan ayah kepada anak2 maduku.
Berkahwin dan bercerai bukanlah sesuatu yg asing dlm kehidupan dia. Bila ada yg cuba menghalang dan menyekat kehendak dia pasti akan ada mendapat sesuatu. 

Hadiah sebuah talak atau caci maki yg keluar dari bibir tanpa segan silu dan tanpa belas sehingga tidak memikirkan sedikit pun hati seorang isteri. Sanggup dia jatuhkan talak kpd isteri yg tak bersalah demi menjaga hati kekasih dan juga bakal tunangan.

Apa masa dan peluang yg aku berikan utk dia selama ini belum cukup utk dia berubah dan melembutkan sekeping hati lelakinya dan apakah anak2 dan isteri2 yg selama ini berkorban hati berkorban masa berkorban segalanya utk melihat dia bersuka ria dgn mana2 perempuan yg dia sukai tak cukup berharga.
Waktu yg sepatutnya dihabiskan bersama keluarga dan melihat anak2 membesar didepan mata terbuang begitu sahaja demi mengikut sebuah nafsu demi ingin meluangkan masa bersama bakal tunangannya dimana2 hotel di ibu kota atau tempat percutian yg diingini. 

Aku xmampu berkata apa2 selain doa ku semoga Allah memberikan cahaya dan petunjuk untuknya. Sebelum kau kehilangan aku satu perkara yg aku inginkan katakan jadilah lelaki yg jujur dan jagalah keluarga sebaik mungkin.
Allah bagi aku sebuah hati yg cukup kuat dan tabah mengharungi semua permainan dan sandiwara ini tanpa henti. Kepada bakal tunangan suamiku kenapa sukar mempercayai setiap kata2 aku. Aku isterinya dan aku masih punya madu2 yg lain. Apakah kamu sanggup dan tegar melihat dia berpura2 umpama seorang lelaki bujang mahupun duda. 


Tegarkah kamu melihat anak2 yg sudah hilang waktu dan masa bersama ayahnya selama ini semakin menjauh dan tersisih tanpa perhatian. Percayalah setiap apa yg aku kata dan apa yg sekeliling cuba sampaikan. Saat baru dan bahagia mungkin kamu takkan nampak walau sikit buruk atau kekurangan.
Tolong lepaskan dia kpd yg berhak. Anak2 dan isteri yg sekian lama menderita dgn sikapnya. Keluarga yg terpaksa telan setiap perbuatan yg dilakukan. Terpaksa mengikuti setiap arahannya.


Aku akan lepaskanmu andai semua ini berterusan. Selamat menjalani kehidupan penuh kasih sayang dan jauhi semua kemaksiatan. Aku tak mampu hidup lagi dgn setiap perkara yg akan berulang setiap tahun dgn perempuan yg bertukar-tukar.
Suamiku berubahlah sebelum terlambat. Aku lepaskan kau utk apa yg kau inginkan. Aku xmampu lagi menanggung setiap perbuatan kau. Andai nasihat ku tak mampu menyerap kehatimu maka apa yg aku mampu lakukan adalah kiriman sebuah doa buat hari2 mu.

Aku tak mampu lagi menahan setiap perbuatananmu.

Maafkan aku andai kau merasa aku bukan yg terbaik untukmu bukan jgk yg terbaik dlm hidupmu.
Semoga urusan pertunangan dan perkahwinanmu berjalan dengan lancar. Semoga segala persiapan yg sedang direncakan berjalan dgn baik.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Suamiku Bakal Tunangan Orang-realiti dia memang suami aku dan juga suami madu2 ku dan ayah kepada anak2 maduku.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top