Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

kanak perempuan berusia dua tahun maut dipercayai akibat didera oleh teman lelaki pengasuh


sekadar gambar hiasan
Petaling Jaya: Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dipercayai akibat didera di pangsapuri Impian Baiduri di sini, semalam.

Dalam kejadian 1 tengah hari, ibu mangsa menghantarnya ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat dan ceria.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, selepas sejam kemudiannya pengasuh menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp kepada ibu mangsa memaklumkan kanak-kanak terbabit tidak sihat, muntah dan lemah.

"Ibu mangsa mengambil mangsa yang sudah dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah pengasuh pada 4 petang sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di PPUM pada 5.40 petang. Pemeriksaan pihak hospital mendapati mangsa mengalami lebam di seluruh badan dan bahagian kemaluan mengalami kecederaan seperti terkoyak," katanya.

Menurutnya, ibu mangsa, teman lelakinya dan suami pengasuh ditahan semalam bagi bantu siasatan dan akan direman hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA kanak perempuan berusia dua tahun maut dipercayai akibat didera oleh teman lelaki pengasuh. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top