Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

"Ibu, Abang ane...?" ibu bagitau Adik Ain... Abang dah takde. Abang dah jauh dari kita. Abang sakit.






Hari ini ibu mahu berkongsi bagaimana kehidupan satu-satunya adik Abang ketika itu, Nur Ain Adawiyah Suhaimi yang mesra dengan panggilan manja Adik Ain selepas ketiadaan Abang.

Abang... Setelah Abang pergi buat selamanya, ibu melalui situasi agak sukar berdepan dengan Adik Ain. Abang tahu bukan, Adik Ain sangat rapat dengan Abang walau usianya masih dua tahun ketika itu. Namun, waktu Adik Ain sentiasa 24 jam bersama Abang.

Apa yang Abang dan Adik Ain buat, sentiasa bersama. Sekelip mata, Adik Ain kehilangan Abang... Sekelip mata juga Allah tarik kasih sayang antara Abang dan Adik Ain. Ya Allah, sukar sangat bagi ibu, nak...

Ketika itu, ibu sibuk menguruskan ayah yang sakit di hospital dan kakak Fira (Nur Syafira Syazlin Suhaimi) yang patah kaki tak boleh berjalan serta Adik Ain yang sangat-sangat terganggu emosinya. Adik Ain sihat, tapi kasihan teramat sangat melihat Adik Ain.

Adik Ain mungkin tidaK faham erti kehilangan. Adik Ain mungkin tak pernah tahu yang Abang memang dah tinggalkan kami buat selamanya.

Tapi, ibu yakin janji Allah. Apa yang Allah beri hari ini adalah dugaan buat ibu dan ayah. Ibu tak mampu menolak... Ibu tak boleh mengelak... Ibu kena reda... Belajar cara reda... Belajar terima hakikat bahawa dunia hanya sementara.

Setiap hari Adik Ain tanya Abang... "Ibu, Abang ane...?" Ibu ajar Adik Ain, ibu bagitau Adik Ain... Abang dah takde. Abang dah jauh dari kita. Abang sakit. Abang dah tak balik lagi. Setiap hari ibu mengadap soalan ini, nak...

"Abang di syurga, sayang..." Sebaknya ibu, Abang... Inilah saat yang paling sukar buat ibu. Ada ketikanya Adik Ain seakan faham, tapi dalam masa sebulan Abang pergi, Adik Ain tetap sama.

Sampai suatu hari, ibu dengan penuh kekuatan membawa Adik Ain ke kubur Abang. Ibu bagitau Adik Ain, Abang ada dalam kubur itu. Saat itu, Adik Ain menangis terus menutup mulut ibu seolah-olah tak mahu ibu berkata-kata lagi pasal abang yang berada di dalam tu.

Tiada lagi daya ibu, Abang... Ibu hanya mampu memohon kepada Allah agar tenangkan hati Adik Ain. Ibu tahu Adik Ain sangat rindukan Abang.

[ARTIKEL BERKAITAN: "Tak sempat ibu lihat abang sekolah tahun satu..."]

Sama seperti ibu, hanya air mata peneman kerinduan. Ibu tak tahu sampai bila Adik Ain akan seperti ini. Ibu berserah sahaja kepada Allah. Ibu tahu Allah dah aturkan sesuatu untuk keluarga kita.

Setelah enam bulan pemergian Abang, ayah semakin beransur pulih. Kakak Fira juga sihat sepenuhnya. Ayah dah boleh bekerja dan kakak dah mula bersekolah.

Pada Allah, ibu panjatkan syukur kerana masih diberi waktu untuk bersama keluarga kita kembali walaupun dalam kekurangan satu nyawa.

Abang, ketahuilah olehmu. Walau di mana Adik Ain berada, Adik Ain tak pernah lupakan Abang. Jika di rumah nenek tempat abang dikebumikan, ibu boleh bawa Adik Ain ke kubur Abang.

Namun jika di rumah kita di Kuantan, Adik Ain bertanyakan ibu, "Ane Abang...?", tiada apa yang ibu boleh tunjuk selain daripada gambar-gambar Abang dan ibu beritahu Adik Ain, Abang akan tunggu Adik Ain di Syurga kelak.

Lama-kelamaan, Allah bagi sepenuh ketenangan kepada Adik Ain. Apabila sebut pasal Abang, Adik Ain dah tak bersedih. Malah, Adik Ain boleh bagitau semua orang yang Abang Adik Ain ada di syurga. Alhamdulillah, walau hakikatnya... di dalam hati Adik Ain, hanya Allah yang tahu.

Abang... Doalah di kejauhanmu. Kebahagiaan untuk keluarga kita. Abang anak yang sangat baik. Perginya Abang, satu kehilangan besar untuk keluarga kita.

Moga Allah berikan kekuatan selagi mampu untuk kami bertahan. Al-fatihah buatmu Abang, Muhammad Syafiq Ajwad Suhaimi. Damailah Abang di sana bersama pencipta-Mu.


http://www.gpsbestari.com/artikel/inilah-kisahku/setiap-hari-adik-ain-tanya-abang-ibu-abang-ane-1.543416





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA "Ibu, Abang ane...?" ibu bagitau Adik Ain... Abang dah takde. Abang dah jauh dari kita. Abang sakit.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top