Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Fakta kes viral ibu dakwa jururawat tolak bayi masuk rahim semula di Hospital Tengku Ampuan Rahimah




Fakta kes viral ibu dakwa jururawat tolak bayi masuk rahim semula|Baru bari ini viral kenyataan seorang wanita mendakwa jururawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang telah menolak kepala bayi yang kononnya sudah keluar di celah kangkang enam bulan lalu hingga bayi berkenan meninggal dunia.

Bagaimanapun Pseudoscience Watch dan tampil menjelaskan kejadian sebenar.

Bila kita buka fail berkenaan kes tersebut dan disiasat, rupanya berbeza daripada apa yang berlaku.

Fakta Kes:

1. Tiada sesiapa yang pukul dia. Jururawat yang dia maki hamun dan tuduh macam-macam itu pun masih bertugas di sana sebab tidak melakukan sebarang kesalahan. Apa yang telah dilakukan dulu adalah berdasarkan garis panduan dan SOP yang digunakan di seluruh dunia. Sebab apa?
2. Sebab kes tersebut merupakan kes placenta abruptio/abruption di mana uri telah berpisah daripada lapisan rahim tersebut. Sejenis kecemasan kelahiran (obstetrics). Risiko tinggi untuk mati akibat pendarahan pada ibu (700ml darah boleh keluar dalam seminit), jadi dalam lima minit sahaja boleh meninggal dunia.

Selain itu ia juga berisiko tinggi untuk anak lemas bila berlaku. Uri tersebut tidak dapat lagi berfungsi untuk anak itu bernafas (mereka masih belum guna paru-paru ye). Lemas dalam beberapa minit juga. Yes, every second counts.

3. Ramai ibu yang sudah ada pengalaman melahirkan anak sendiri boleh beritahu rasa kepala anak itu dah nak keluar tetapi bila tengok kepala pun tak nampak lagi sebenarnya. Kalau betul boleh dilihat (visualize) kepala dah dekat vagina, itu namanya crowning.

Bila anak nak keluar, susah juga nak betul-betul pin point di mana kepala anak itu sebenarnya (lokasi sebenar/sensory localization) oleh ibu sendiri. Rasa memang dah dekat hujang tetapi secara tepatnya di mana?

Dalam kes ini pula, bayi tersebut belum crowning. Sebab itu jururawat suruh kepit, jangan teran. Untuk apa? Sebab nak tolak masuk buat pembedahan.

4. Sebab placental abruptio yang dialami oleh si ibu, berisiko tinggi untuk ibu dan anak untuk terkorban. Kan dah tulis risiko-risiko tersebut pada point nombor dua? Berlaku dalam kes si ibu berkenaan. Worst case scenario? Telah berlaku.

5. Selepas berlaku, sudah tentu akan ada siasatan. Tak perlu siapa-siapa nak saman atau report. Gerenti sebab bayi tersebut tidak survive. Tiada locus tandi untuk saman pun sebab dalam kes ini tiada kecuaian atau medical negligence telah berlaku. Tak nak beranak di situ? Hospital lain tetap buat dan ambil langkah yang sama sekiranya berdepan dengan situasi yang serupa.

6. Tiada saman yang telah dilanjutkan oleh penulis status viral berkenaan



http://eberita.org/fakta-kes-viral-ibu-dakwa-jururawat-tolak-bayi-masuk-rahim-semula/



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Fakta kes viral ibu dakwa jururawat tolak bayi masuk rahim semula di Hospital Tengku Ampuan Rahimah . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top