Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

TAYANGAN filem Disney, Beauty and the Beast di Malaysia ditangguhkan kerana unsur homoseksual terlampau

TAYANGAN filem Disney, Beauty and the Beast di Malaysia terpaksa ditangguhkan selepas filem itu mengundang kontroversi atas beberapa sebab termasuk penampilan watak ‘homoseksual’.


Filem Disney itu telah ditarik keluar dari senarai tayangan di semua pawagam di Malaysia sejak semalam.Menurut sumber, penarikan keluar penayangan terpaksa dilakukan secara berperingkat.


Beauty and The Beast dijadualkan mula ditayangkan pada Khamis ini.

Tarikh penayangan baharu bergantung kepada keputusan siasatan dalaman oleh The Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd.

Diadaptasi dari filem animasi tahun 1991, filem terbaharu ini berkisarkan kisah seorang wanita yang cantik dan gemar berdikari, Belle yang ditawan oleh si hodoh, Beast di sebuah istana.

Ia juga menampilkan barisan pelakon seperti Ewan McGregor, Gugu Mbatha-Raw, Ian McKellen dan Stanley Tucci.

Filem ini telah mencetuskan kontroversi selepas pengarahnya, Bill Condon berkata kepada majalah Attitude bahawa watak Le Fou, yang dimainkan oleh Josh Gad, diberi "moment gay yang eklusif" dalam filem itu.

Wakil dari Buena Vista Tristar Columbia Tristar Films Malaysia Sdn Bhd, pengedar serantau filem Disney di Malaysia ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan perkara ini.

Namun, ujar beliau, peminat cereka aksi hidup ini boleh melawat laman Facebook pawagam-pawagam utama untuk perkembangan terkini.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA TAYANGAN filem Disney, Beauty and the Beast di Malaysia ditangguhkan kerana unsur homoseksual terlampau. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top