Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

4kali saya mengandungkan janin kita...4 kali itulah awak curang sampai hati awak buntingkan kawan baik saya...


Assalam.. Terima kasih admin sudi post kisah saya yg lepas. Dan saya ucapkan terima kasih pada yang sudi membacanya. Terima kasih juga pada yg mengkritik saya.
Luahan ini untuk bekas suami saya yg mengikut krt.


Saya sangat sakit bila awak bercakap dengan kekasih awak sedangkan saya sedang mengandung anak sulong kita. Saya sabar. Semakin sakit bila dpt tahu bila awak berjumpa kekasih awak di selatan sewaktu saya di hospital melahirkan anak kita. Sikap awak makin kasar dan terus-terusan memukul dan mengherdik saya. Awak janji akan berhenti berkawan dengan perempuan jika kita ada ank perempuan. Dan allah kurniakn anak kedua kita perempuan.
Sya fikir awak akan berubah.. Tapi sayang.. Awan masih sama.. Saya sudah lali dipukul dan lali di maki hamun awak. 


Anak ke3 diberi dugaan lebih hebat.. Awak buntingkan kawan saya. Saya dah tak tahu nak percaya pada siapa. Keluarga saya langsung tak nak pedulikan saya.. Mereka bertegas mahu saya tinggalkan awak. Tapi saya kesiankn awak. Awak anak yatim. Tapi kenapa awak tak hargai saya? Sya cuba beri kehidupan.. Erti keluarga pada awak? Ini yg awak balas pada saya.
Kita berpisah dan rujuk semula. Itu untuk awak tahu.. Saya sentiasa akan bersama awak dimasa awak susah dn senang. Awak tidak mahu berkerja. Awak lepaskan beban kepada saya. 


Saya bertahan.. Kita punya anak ke 4. Saya mula rasa awak semakin tak sayang saya. Masa beredar.. Saya tahu saya gemuk.. Tak cantik. Saya tak ada masa utk itu. Tak punya duit.. Kerana habis untuk awak dan anak2 kita.
Saya lihat awak semakin jauh. Saya baca semua msg di fon awaj seperti dulu. Dan saya tahu saya tak mampu ambil hati awak atau tarik perhatian awak lagi.. Saya dah tua ditelan waktu. 


Saya ikutkan nasihat kawan2. Pergi bercuti dan cari jlan penyelesaian.. Tanya hati. Pagi saya berangkat awak lafazkan 2 taklik. Satu.. Jika saya bertemu mana2 lelaki..jatuh talak dan jika saya curang jatuh satu talak. Saya pasrah. Saya beritahu awak.. Saya akan jumpa adik angkat saya.. Dan awak terduduk. Saya beritahu.. Awak dah lapaz.. Biar allah yg tentukan jodoh kita.
Sepanjang perjalanan.. Saya serahkan pada takdir.. Kalau panjang jodoh kita.. Biarlah allah halang adil angkat saya sampai.. Dan jika dia sampai.. Maka sampai situ jodoh kita. Iya.. Dia tunggu saya di kl. Kami makn dan dia pulang. Saya ke klia dan ke Indonesia. 


Awak text saya minta kita rujuk.. Hati saya dah tawar. Dan disitu puas saya fikir tentang kita. Dan sqya nekad berpisah.. Hri terakhir saya di sana.. Saya text awak.. Saya dah curang.
Awak lafaz rujuk pada saya bila saya sampai di rumah. Saya cakap kita ke mahkamah sahkan perceraian. Awak ckap.. Awak maafkan semua salah saya.. Termasuk kes curang. Terima kasih untuk itu. Awak cakap saya kena buatan org indo. Ajak saya pergi berubat.. 


Sya pergi.. Tapi kenyataan itu sangt pedih. Awak yg guna-gunakan saha selama ini. Awak gunakan sata dengan ilmu penunduk.. Dari dulu saya tak pernah percayakan bila kakak saya cakap benda yg sama pada saya. Rupanya ilmu awak hilang bila saya melintas laut yg luas. Kerana itu perasaab sata hilang selepas saya pulang dari Indonesia. Sebab itu saya tak lagi mahu berckp dengan awak atau pandang awak.. Sebab itu cara awak masukkan ilmu awak. 


Seperti mana awak ampunkan dOsa2 saya.. Saya juga maafkan awak. Cuma.. Sedarlah.. Kita punya 4 org anak. Jngan menghukum mereka dengan kesalahan kita. Awak sudah berkerja.. Jalankan tanggungjwab awak sebagai bpa. Dan begitu juga saya. Terima kasih semua



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA 4kali saya mengandungkan janin kita...4 kali itulah awak curang sampai hati awak buntingkan kawan baik saya.... TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top