Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Tak boleh dakwa atas tuduhan membunuh kerana remaja itu tidak berniat membunuh




Tak boleh dakwa atas tuduhan membunuh kerana remaja itu tidak berniat membunuh - Pemandu remaja berusia 19 tahun yang memandu melawan arus sehingga melanggar beberapa kenderaan lain dan menyebabkan seorang lelaki maut mengakui dia berbuat demikian kerana terbayangkan sebuah lori, lapor Free Malaysia Today.


Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Hamid berkata, remaja yang memandu kereta Proton Gen-2 itu membuat pusingan U di jalan sama sebelum memandu laju melawan arah trafik sejauh lima kilometer, kemudian merempuh sebuah kereta Perodua Kelisa menyebabkan pemandunya, Mohamad Fandi Rosli, 26, maut di tempat kejadian.

Difahamkan, remaja terbabit dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab di Bukit Mertajam menuju ke rumahnya di Butterworth. Namun terlepas jalan ke Permatang Pauh dan terus menuju ke Plaza Tol Sungai Dua.

"Di situ dia melihat seakan-akan sebuah lori di tengah jalan dan dengan pantas membuat pusingan U ke lorong paling kanan, meletakkan kereta itu di arah berlawanan di lorong paling kanan.

"Ketika membuat pusingan secara tiba-tiba itu, dia menggeser tiga buah kenderaan lain sebelum memandu secara melawan arus sejauh lima kilometer, merempuh sebuah Perodua Kelisa dan lima lagi kenderaan lain.

"Pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati, tiada lori di tengah jalan seperti yang didakwanya," kata Nik Ros.

Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menggesa agar remaja terbabit didakwa atas tuduhan membunuh. Bagaimanapun, dakwaan itu tidak boleh dilakukan kerana tindakan remaja itu tidak berniat membunuh.

"Seksyen 44 Akta Jabatan Pengangkutan Jalan membawa hukuman 4-10 tahun, manakala bagi kesalahan membunuh tanpa sengaja di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan, ia hanya membawa hukuman maksima 2 tahun," katanya.

Nik Ros turut mengesahkan bahawa remaja terbabit dalam keadaan khayal kerana pengambilan dadah, tetapi polis masih menguji sampel darah untuk kandungan alkohol.

"Remaja itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah," katanya. - The Reporter












https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA Tak boleh dakwa atas tuduhan membunuh kerana remaja itu tidak berniat membunuh. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top