Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

8 selebriti dan anak selebriti yang pernah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.



KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 telah diumumkan hari ini (16 Mac) dan sudah pasti pelbagai gelagat dapat dilihat tidak kira daripada pelajar mahu pun ibu bapa.

Paling dinantikan setiap tahun sudah pasti keputusan SPM para selebriti atau anak mereka.

Jadi, kami senaraikan 8 selebriti dan anak selebriti yang pernah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

1) Neelofa

Tahun: 2006
Keputusan: 10A
Sekolah: MRSM Langkawi

Noor Neelofa Mohd Noor, 28, atau lebih dikenali sebagai Neelofa merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi. Memperoleh

keputusan 10A pada peperiksaan SPM tahun 2006, Neelofa antara selebriti contoh yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan tersebut.

Bukan setakat SPM, Neelofa turut mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan UPSR (5A) dan PMR (8A).

Pelakon kelahiran negeri Kelantan itu kemudiannya melanjutkan pengajian A Level di Kolej Damansara Utama sebelum menyambung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Asing dan Pemasaran Antarabangsa di Sunway University College, Petaling Jaya.




2) Mira Filzah

Tahun: 2010
Keputusan: 8A
Sekolah: SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman, 24, merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur.

Bukan calang-calang pelajar, pelakon drama bersiri 3 Gadis Manis itu pernah memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam SPM sekitar tujuh tahun lepas.



3) Ezlisa Loy

Tahun: 2013
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Bandar Tun Hussein On 2, Cheras

Ezlisa Loy atau nama sebenarnya Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, 21, merupakan penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein On (2).

Ezlisa memperoleh A dalam pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Agama Islam dan Sejarah manakala B dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia.




4) Soo Wincci

Tahun: 2002
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Damansara Utama

Soo Wincci juga antara selebriti Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Penyanyi itu memperoleh keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan SPM ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.

Soo Wincci merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Malah, dia turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.

Soo Wincci juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.




5) Janna Nick

Tahun: 2013
Keputusan: 6A, 2B
Sekolah: MRSM Pendang, Kedah

Nurul Janna Muner, 21, atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan salah seorang artis yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah itu memperoleh 6A dan 2B dalam peperiksaan tersebut.




6) Najwa Latif

Tahun: 2012
Keputusan: 4A
Sekolah: SMK (P) Temenggong Ibrahim, Johor

Najwa Latif merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Johor telah memperoleh 4A dalam peperiksaan SPM 2012.

Penyanyi Cinta Muka Buku itu mendapat A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik serta lulus dalam enam mata pelajaran lain.




7) Ayu Nazirah (Anak Nurul Wahab & Ajai)

Tahun: 2015
Keputusan: 9A
Sekolah: Sekolah Tun Fatimah, Johor

Ayu Nazirah Mohd Faizal merupakan salah seorang anak selebriti yang pernah memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

Dia memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi manakala A+ dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.

Ayu merupakan pelajar Sekolah Berasrama Penuh Tun Fatimah (STF), Johor dan anak kepada pasangan Nurul Wahab dan Ajai.

Sebagai ganjaran, Ajai telah menghadiahkan anak perempuannya itu sebuah kereta.




8) Ammar Effendy (Anak Rozita Che Wan)


Tahun: 2013
Keputusan: 9A
Sekolah: Kolej Yayasan Saad, Melaka

Ammar Effendy merupakan anak kepada pelakon jelita Rozita Che Wan dan telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM iaitu sebanyak 9A.

Keputusan itu adalah bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Agama Islam, Sejarah, Ekonomi, Geografi dan Akaun.

Pelajar Kolej Yayasan Saad, Melaka itu kemudiannya melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan dan Perniagaan di kampus Universiti Nottingham, Semenyih.

Sempena kecemerlangan itu, ibunya telah menghadiahkan sebuah kereta jenis BMW.



Teks oleh: Amri Hassan
http://www.astroawani.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA 8 selebriti dan anak selebriti yang pernah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top