Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Rakan serumah pemalas nak mampus dan pengotor rakan inii kongsikan sikap wanita yang cantik diluar tetapi menjijikkan ketika dalam rumah

 Bila tinggal di rumah sewa bersama rakan serumah yang lain, di situ sudah boleh melihat pelbagai jenis perangai manusia. Bukan semua rakan serumah yang berperangai baik, ada yang berperangai menjengkelkan seperti rakan serumah yang pemalas dan pengotor.



Inilah yang dihadapi oleh seorang wanita, apabila tahap pengotor rakan serumahnya di tahap yang sangat menggelikan. Bau busuk bilik rakan serumah itu sahaja telah memenuhi satu rumah.

Disebabkan hal itu, seeloknya selidik dahulu rakan serumah untuk memastikan rumah yang disewa tidak dicemari dengan bau busuk dan kotor dari rakan serumah yang lain.

Kalau sudah tersalah pilih rakan serumah, memang merana hidup kerana terpaksa tahan sahaja bau busuk dan sikap pengotor rakan serumah tersebut.

“Luahan aku ni berkisahkan mengenai hidup menyewa sesama wanita bujang. Aku Ainul, menyewa bersama dua orang lagi penyewa. Kitorang menyewa sorang satu bilik di Damansara. Point penting die ‘bau’. Dah tajuk pun bau, mesti la bau yang tak enak kan.

“Antara dua orang tu, ada sorang je yang aku tak puas hati. Namanya Ina. Bukan tak puas hati apa, aku ni jenis hidung sensitif sikit. Jenis yang tak boleh dengan bau-bau busuk ni. Sebelum si Ina ni masuk menyewa, aku yang tolong sapu dan mop lantai bilik die. Memang bersih dan aku memang confirm betul-betul takde bau yang tidak enak sebelum Ina ni masuk menyewa.

“Waktu iklankan bilik pun aku dah highlight nak housemate yang pembersih okay. Takkan lah bila dah masuk menyewa, aku nak tanya, ‘awak ni pembersih tak’? Biadap sangat tu. Haha. Jadi, aku anggap yang duk tanya-tanya bilik ni semua dah sedia maklum yang aku nak housemate yang pembersih je.

“Awal-awal Ina ni masuk, aku tak dapat detect lagi bau kurang enak tu. Untuk makluman, Ina ni jenis yang pintu biliknya sentiasa bertutup. Buka bila nak pegi tandas, dapur, ruang tamu atau keluar bekerja je. Dalam seminggu dua, baru aku perasan hidung aku dapat detect bau yang kurang enak dari bilik Ina bila dia buka bilik die, walaupun sekejap. Okay, yang ni aku boleh bertoleransi lagi. Takpelah, hak dia. Bilik tu die yang sewa. Hidung aku tercemar kejap je bila die buka pintu kejap untuk ke toilet macam tu,” tulisnya.

Tetapi, makin lama bau yang kurang enak dari bilik Ina itu sudah semakin merebak. Walaupun pintu bilik tidak dibuka bau kurang enak itu sudah mula boleh dihidu hingga satu rumah.

Punca sebenar bilik Ina itu terlalu busuk tidak didedahkan oleh wanita itu. Tetapi wanita itu menasihati semua wanita lain untuk menjaga kebersihan walaupun di mana anda berada.

Sementara itu, netizen merasakan bau busuk yang berlaku pada wanita ini bukan kerana bau badan dari rakan serumahnya itu. Mungkin kerana Ina itu adalah seorang yang pengotor dan menyimpan pad yang telah digunakan di dalam plastik di dalam bilik.

Agak pelik jika hanya bau badan sahaja bau busuk itu boleh terhidu sehingga di seluruh rumah. Apapun, memang penting untuk menjaga kebersihan diri, terutamanya jika anda seorang wanita. – MissA/UtaraNews.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Rakan serumah pemalas nak mampus dan pengotor rakan inii kongsikan sikap wanita yang cantik diluar tetapi menjijikkan ketika dalam rumah. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top