Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Anak hampir diculik dengan cara pukau ketika sedang Makan - Ibu ini kongsi perkara penting supaya tidak berlaku kepada anda

Pelbagai cara dan taktik licik yang sanggup di lakukan hanya kerana mahu mendapatkan duit dengan cara yang mudah. Terkini modus operandi terbaru adalah dengan menculik secara pukau.

Seorang ibu telah berkongsi detik-detik cemas apabila anaknya yang berusia sembilan bulan, nyaris menjadi mangsa culik secara pukau dalam kejadian di sebuah kedai makan.




Wanita yang tidak mendedahkan nama itu telah membuat perkongsian di laman sosial berkata, seorang wanita yang tidak dikenali cuba mendekati anaknya ketika mereka sekeluarga sedang menjamu selera di gerai makan.

“Saya nak kongsi dan ingatkan ibu bapa yang mana selalu letak anak dalam baby chair di kedai makan untuk berhati-hati. Perkara ni terjadi pada saya sendiri petang semalam. Macam biasa bila pergi ke kedai makan tak kisah di dalam mall/luar, saya akan meletakkan bayi saya yang berumur 9 bulan di baby chair.

“Masa tu dalam pukul 4-5 petang, kedai makan tu ramai pengunjung. Tiba-tiba ada seorang mak cik tua cina dalam lingkungan umur 50-an datang ke arah bayi saya dan terus dia macam nak dukung sambil cakap “ni anak you ka? Manyak cantik ooo” .

“Tapi saya sempat tarik badan bayi saya dan tak pandang mata dia sebab saya ada terbaca modus operandi culik budak-budak ni macam-macam cara. Lepas tu terus makcik tua tu pergi ke arah bayi lain sambil buat benda sama. Saya jerit “jangan pandang mata dia!”

Ekoran kejadian itu, wanita ini menasihati kepada netizen agar tidak mengambil mudah membiarkan anak disentuh oleh individu yang tidak dikenali, lebih-lebih lagi ketika berada di luar.

Sekarang ibu bapa dilihat lebih banyak fokus pada telefon bimbit dan anak dibiarkan bermain seorang diri. Jangan ‘nasi sudah menjadi bubur’ baru nak menyesal. – MissA/UtaraNews.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Anak hampir diculik dengan cara pukau ketika sedang Makan - Ibu ini kongsi perkara penting supaya tidak berlaku kepada anda. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top