Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

kisah skandal mereka terbongkar bila saya terbaca msg berunsur mesra2 melibatkan malam jumaat.. dah 2 tahun bersama

Salam..hide profile saya ye..
sebelum ni, suami saya ada terkantoi berskandal dengan isteri orang semasa saya mengandungkan anak ke 4.. tapi dua2 taknak mengaku..


 bukti semua dah ada.. perhubungan mereka berlanjutan sampai lah sekarang.. dah 2 tahun.. Sekarang ni saya mengandungkan anak ke 5, semasa kandungan 5 bulan, sekali lagi kisah skandal mereka terbongkar bila saya terbaca msg berunsur mesra2 melibatkan malam jumaat.. saya cuba untuk dapatkan penjelasan suami tapi suami tetap menafikan.. sehingga lah saya hilang sabar,saya memaksa suami untuk menceraikan saya.. 

masa tu, suami macam dirasuk hantu, memukul saya, menumbuk & menimpa perut saya sambil berkata, Aku ceraikan kau! Saya tak tunggu masa yang lama, saya terus kemas2 baju dan mengadu pada kakak angkat saya di KL.. Kakak angkat cepat2 datang ke rumah saya untuk bawa saya tinggal dengan dia..

Saya jugak tinggalkan anak2 pada suami.. masa tu Allah je yang tahu perasaan saya.. sebab saya tak pernah berpisah dengan anak2..untuk keselamatan diri saya, saya buat report polis selepas keluar dari rumah.. Tak lama kemudian,suami menghantar pesanan ringkas.. minta maaf, katanya tak sengaja untuk naik tangan pada saya.. Masa tu saya tawar hati sangat.. saya dah bersusah payah mengandungkan anak2 dia..tapi dia berseronok dengan perempuan tu.. katanya kesunyian..


selang beberapa bulan saya di KL, perempuan tu call saya, dia kata saya kejam sebab tinggalkan anak2 pada suami.. Habis tu, dia tak kejam ke sebab ganggu rumahtangga saya..???
Sekarang ni saya tengah menunggu hari untuk bersalin..


 tapi suami langsung xde tanya pasal baby dalam kandungan..bila saya balik rumah, semua tanggungjawab diserahkan bulat2 pada saya.. dia cuma balik untuk tidur je..sedangkan bak kata peguam, saya masih isteri dia yang sah..tapi cara suami seolah2 dia tak sabar untuk berpisah dengan saya.. saya pun ada terjumpa bil telefon milik suami.. penuh dengan nombor perempuan tu.. 

dulu menafikan, tapi bil telefon tu tak boleh menipu.. untuk pengetahuan, perempuan tu adalah isteri orang.. anak seorang.. saya dah beritahu suami perempuan tu, tapi saya pulak disalahkan..katanya saya buat cerita.. kemudian, dilemparkan kata2 kesat pada saya..

Peguam kata, lepas saya bersalin je, talak akan terjatuh, tapi saya masih sayangkan suami..naluri seorang isteri tengah mengandung mestilah nak dibelai oleh seorang suami..tapi anak dalam perut saya sekarang ni langsung tak merasai semua tu..



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA kisah skandal mereka terbongkar bila saya terbaca msg berunsur mesra2 melibatkan malam jumaat.. dah 2 tahun bersama. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top