Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

kereta Mini Cooper untuk Erysha jika dia cemerlang dalam SPM.- Noniswara Baharudin



 KUALA LUMPUR: Anak kedua dramatis Noniswara, Nur Erysha Emyra Zakaria, 18, berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pagi ini. 


Erysha mendapat A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi dan Pendidikan Islam. Nonis atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, 48, berkata beliau berbangga dengan kejayaan Erysha yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki.


 Katanya, pencapaian itu adalah hasil sikap remaja itu sendiri yang amat berdisiplin di bidang akademik. "Alhamdulillah, semestinya sebagai ibu, saya berbangga, sebak dan gembira. Tiada kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan kegembiraan ini melihatkan kejayaan seorang anak. "Erysha anak yang berdisiplin dalam akademik.

 Saya tidak perlu bersusah payah hendak memaksanya, sebaliknya dia sendiri tahu apa yang perlu dibuat. Jujurnya, bukan dia seorang saja, anak-anak saya yang lain juga begitu," katanya kepada BH Online. 


Tambah Nonis, Erysha merancang untuk mengikuti kursus dalam bidang perakaunan di universiti tempatan terlebih dulu sebelum melanjutkan pengajian ke United Kingdom. Ditanya apakah hadiah bakal diberikan kepada Erysha, kata Nonis, beliau belum lagi memutuskan mengenai perkara itu.


 "Setakat ini, Daddy dia yang sudah berjanji untuk membelikan kereta Mini Cooper untuk Erysha jika dia cemerlang dalam SPM. "Cuma, setakat ini dia belum lagi meminta apa-apa hadiah daripada saya," ujarnya lagi. Selain Erysha, Nonis mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Naveer Mihshon Zakaria, 22 dan Nazeer Danish, 10.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/260817







https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA kereta Mini Cooper untuk Erysha jika dia cemerlang dalam SPM.- Noniswara Baharudin. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top