Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

JKM, polis sahkan remaja pandu lawan arus ialah OKU


Pulau Pinang – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis mengesahkan pemandu yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan kelmarin adalah orang kelainan upaya (OKU), lapor Free Malaysia Today.

Seorang pegawai JKM Pulau Pinang mengesahkan kad OKU itu adalah asli dan dikeluarkan kepada remaja berkenaan pada tahun 2011.

“Doktor mencadangkan dia menyertai program pendidikan khas ketika dia memasuki tingkatan 1,” kata pegawai JKM berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Ab Hamid, turut mengesahkan remaja berusia 19 tahun itu mempunyai kad OKU.

Lapor China Press, salah seorang mangsa yang cedera pada hari kejadian juga mendakwa ibu suspek ada memaklumkan anaknya mempunyai kad OKU ketika membuat laporan polis.

Bagaimanapun, kereta Proton Gen-2 yang dipandu remaja itu tidak mempunyai pelekat OKU.

Difahamkan, kad OKU milik remaja itu tersebar di media sosial yang tertera dia mempunyai masalah pembelajaran.

Terdahulu media tempatan melaporkan ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine. Namun polis semalam berkata ia bukan methamphetamine, sebaliknya hanya Amfetamina. Amfetamina ialah ubat yang lazim digunakan untuk gangguan defisit perhatian (ADD).

Semalam, Mahkamah Majistret membenarkan polis mereman remaja itu selama 4 hari sehingga Sabtu ini bagi menyiasatnya memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dia turut disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah.

http://www.kualalumpurpost.net



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA JKM, polis sahkan remaja pandu lawan arus ialah OKU . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top