Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

ada kelebihan untuk ternampak makhluk halus secara tidak sengaja-bangun je dari tidur, dia pergi kat mak aku cakap tadi arwah nenek ada sebelah dia



Adik Suka Tidur Atas Katil Arwah Nenek,Rupa Rupanya…..|Memandangkan sekarang ini tengah hujan and fefeeling mcm tenang je, aku ada la nak share story pasal adik aku sikit. adik aku ni umur 20,and student uitm shah alam. tadi aku hang out la dengan dia nak pergi pasar malam sambil jalan-jalan cari makan. dalam kereta tu, terbuka laa story2 lama masa kitaorang berdua duduk satu asrama ni.

Rupa-rupanya selama ini aku baru tau yang adik aku ni ada kelebihan untuk ternampak makhluk halus secara tidak sengaja, and selalu kena kacau. selama ni dia tak pernah cerita pape pun yang dia pernah nampak kat family, hatta parents kami sekalipun. heh, terkejut aku!
ok, meh aku story satu persatu apa yg dia nampak start dari kecik.

1. Masa dia darjah 2 dan aku darjah 6, arwah nenek kami meninggal. dah setel kebumikan pagi tu, malam nya semua orang nak masuk tidur la kan. adik aku ni tak memasal je pergi tidur kat katil arwah nenek kami. bangun je dari tidur, dia pergi kat mak aku cakap tadi arwah nenek ada sebelah dia dan cakap dengan dia. end up, mak aku marah dia sebab pegi tidur kat katil arwah.

2. Masa darjah 6 pulak. dia balik tuisyen malam dengan ayah aku naik motor. perjalanan ambil masa selama 20 minit nak sampai rumah. atas moto tu, dia tengok laa langit, kot-kot nampak bintang ke. tapi , tup-tup dia nampak ada perempuan dengan baju and rambut mengerbang terbang laju kat atas dieorang. dia terkejut, tapi just pejam mata je.sampai kat rumah, adik aku nak mandi laa, utk pengetahuan bilik air adik aku tu bumbung dia tinggi dan lutsinar. u know what? dia nampak makhluk tu tengah pandang dia dari bumbung atas toilet tu weyh!

3. Masa ni form 1 dia masuk asrama yg sama dengan aku.malam tu histeria kt hostel tengah menjadi-jadi. semua orang kena berkumpul kt surau . masa otw nk pergi surau dari blok aspuri tu dia nampak perempuan muka terbakar tengah terbang n hinggap kt bumbung surau. dekat belah padang net ball lagi la banyak, mcm tengah melepak secara berjemaah pun ada, dan ‘benda’ tu semua pandang dia.

4. Masa form 2, jam 3 pagi, adik aku ni tidur lewat dan buat homework sensorang kt tengah2 dorm. ttiba dia dengar bunyi ada budak main hanger yg tergantung kat katil. lama pulak tu! adik aku pun paham yg benda tu nak kacau laa tu. dia pun slow2 naik atas katil. dah naik katil, benda tu still kacau lagi. dia goyang-goyang kan katil tu pulak…. tak tahan kena kacau, adik aku cakap “jgn la kacau aku, aku nak tido laa”. then, benda tu terus stop.

5. Form 3 pulak. dieorg nak pergi lawatan sekolah jam 5 pagi bertolak. so, jam 3 pagi adik aku ni bangun la untuk siap-siap. ttiba dia teringat yg tuala dia tertinggal kat ampaian belakang and dia berani sangat pergi ambil. kt sebelah ampaian tu ada satu toilet yg jarang org guna sebab ada lampu rosak n kecik. masa lintas depan toilet tu, dia terdengar ada bunyi orang mandi shower n menyanyi perlahan.

Korang tau, dia pegi masuk toilet tu and ketuk pintu shower sambil jerit,”siapa niee?? kenapa mandi tak bukak lampuu??” . lepas je dia cakap tu, terus shower and org nyanyi tu stop! then, baru adik aku sedar, mana ada org mandi pagi-pagi buta kt toilet tu! cepat2 dia blah.

6. disebabkan banyak sangat,aku terus skip story dia and terus time degree ya.
nak dijadikan cerita, satu malam tu adik and kakak aku terpaksa balik ke Perak sebab ada hal emergency kt rumah. so, dieorang drive dari shah alam ke perak ikut laluan puncak alam sebab nak cepat sampai. masa tu nak dekat jam 3 pagi, n adik aku yg drive kereta. along ttiba tegur, “eh, ada motor laa kat belakang!”

Tapi, bila adik aku tengok ikut cermin belakang, dia cakap mana ada motor long..” tup2, adik aku tengok betul-betul kat cermin tu dia nampak kat bahagian sit belakang kereta dieorg tu ada yang ‘menumpang’!

Benda tu bermuka kosong je dan stay kt sit belakang tu sampai la masuk ke ijok. along tu penakut, so adik aku decide dah sampai rumah nanti baru nk story. tapi, dalam hati Allah jelaa yang tahu.

– chantique









https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: seram

TERIMA KASIH SUDI BACA ada kelebihan untuk ternampak makhluk halus secara tidak sengaja-bangun je dari tidur, dia pergi kat mak aku cakap tadi arwah nenek ada sebelah dia. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top