Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Video : Majlis perkahwinan tergendala Ahli parlimen Teresa Kok bawa geng buat kacau

KUALA LUMPUR - Satu majlis perkahwinan yang sedang berlangsung di Dewan Komuniti Seputeh tergendala seketika gara-gara Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengadakan protes membantah pembinaan projek rumah mampu milik di kawasan berkenaan.



Sikap biadab Teresa dan kumpulannya yang mengganggu kelancaran majlis perkahwinan itu dilaporkan menerusi laman blog Kl Chronicle dan turut dikongsi pengguna-pengguna Facebook.

Melalui rakaman video yang tersebar di Facebook, berlaku pertelingkahan antara peserta perhimpunan anjuran Teresa dengan individu yang meminta majlis perkahwinan itu tidak diganggu.

“Kamu nampak majlis perkahwinan di sana tetapi kamu masih lagi buat protes di sini untuk cari publisiti.


“Tolong hormati majlis perkahwinan yang sedang berlangsung di sini. Buat hari lain protes ini, kamu semua boleh bersurai,” kata individu tersebut.

Menurut laman blog Kl Chronicle, satu laporan polis juga telah dibuat mengenai tindakan Teresa dan kumpulan tersebut yang mengganggu kelancaran majlis perkahwinan itu.-UTUSAN ONLINE



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Video : Majlis perkahwinan tergendala Ahli parlimen Teresa Kok bawa geng buat kacau . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top