Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pyonyang melarang semua rakyat Malaysia meninggalkan Korea Utara


SEOUL, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Pyonyang melarang semua rakyat Malaysia meninggalkan Korea Utara, kata media rasmi negara itu, hari ini.

Larangan itu sekali gus berisiko menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan berikutan pergeseran diplomatik yang semakin meruncing.

“Semua warga Malaysia di DPRK (Republik Demokratik Rakyat Korea) dilarang daripada meninggalkan negara ini buat sementara waktu, sehingga kejadian yang berlaku di Malaysia diselesaikan dengan betul, ” kata agensi berita rasmi KCNA.

Kementerian Luar Korea Utara dilaporkan telah memaklumkan perkara itu kepada kedutaan Malaysia di Pyongyang berhubung keputusan mereka.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberitahu terdapat 11 rakyat Malaysia berada di Korea Utara ketika ini.

Tiga merupakan kakitangan kedutaan Malaysia manakala enam lagi adalah ahli keluarga mereka.

Dua lagi petugas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di negara tersebut.

Ahad lalu, Duta Besar Malaysia disytiharkan sebagai persona non grata oleh Korea Utara dan perlu keluar dalam tempoh 48 jam.

Arahan itu dibuat selepas Duta Korea Utara ke Malaysia diusir berikutan perbalahan diplomatik berhubung siasatan pembunuhan abang tiri pemimpin tertinggi republik itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2). -Agensi



http://www.ismaweb.net/2017/03/rakyat-malaysia-disekat-keluar-dari-korea-utara/



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Pyonyang melarang semua rakyat Malaysia meninggalkan Korea Utara. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top