Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pemandu maut remput bas dinaiki jururawat

 KUALA LIPIS - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas  yang membawa 30 pelatih jururawat Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang itu, mangsa, Mohd Asri Bakar, 41 dari Kampung Berchang, Lipis meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit di dalam kereta Toyota Camry yang dipandunya.

Ketua Polis Lipis, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, siasatan awal polis  mendapati  kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Benta ke Lipis manakala, bas yang dinaiki 30 pelatih kolej kejururawatan dari arah bertentangan. 

"Apabila sampai di tempat kejadian, di kilometer 5, Jalan Lipis-Benta berhampiran Kampung Binjai, kereta yang dipandu mangsa terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas.

"Akibat kejadian itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan kesemua 30 penumpang bas tidak mengalami kecederaan," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Ketika kejadian cuaca baik, keadaan jalan lurus dan berselekoh, sistem trafik dua hala dengan garisan tengah berkembar. Pemandu bas telah buat saringan air kencing dan didapati negatif.

"Punca kemalangan dipercayai disebabkan kecuaian apabila kereta dipandu mangsa memasuki aliran bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lipis, Haslizan Ramli berkata, sejurus menerima maklumat kejadian seramai 10 anggota bersama sebuah jentera dan sebuah ambulans EMRS telah bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik sampai di tempat kejadian kita mendapati terdapat seorang lelaki dewasa yang menaiki kereta telah tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

"Anggota bomba mengambil sedikit masa untuk mengeluarkan mangsa dari dalam kereta yang remuk dengan menggunakan hydraulic rescue tool, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Pemandu maut remput bas dinaiki jururawat. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top