Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pemandu lunyai kena tibai orang ramai

PETALING JAYA: Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki dipukul orang awam kerana dipercayai melanggar sebuah motosikal sehingga menyebabkan penunggang dan pemboncengnya parah, menjadi viral di laman media sosial sejak semalam.


Dalam kemalangan 14 Februari lalu itu di Kilometer 18.5 Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) di sini, mangsa yang memandu bersendirian dikatakan terlanggar motosikal terbabit sebelum terbabas dan melanggar empat kereta yang diparkir di tepi jalan.
Sejurus kemalangan kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun dipercayai dikerumuni orang awam yang tidak berpuashati sebelum dibelasah sehingga mengalami kecederaan parah.

Insiden itu turut dirakam orang awam dan video berkenaan dikesan mula viral di media sosial sejak semalam. Menerusi video berdurasi 1 minit 28 saat itu, dapat dilihat mangsa dipukul dan ditendang berkali-kali oleh beberapa lelaki sehingga dia terjatuh, sambil diperhatikan sekumpulan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata siasatan awal mendapati pemandu itu keletihan dan mengantuk setelah tamat bertugas dan dalam perjalanan pulang.

"Dia dikatakan tidak sengaja terlanggar belakang motosikal terbabit dan kemudian terbabas melanggar empat buah kenderaan yang diparkir di kawasan perumahan berhampiran lebuh raya itu.

"Dia mengalami kecederaan teruk akibat dipukul sehingga tidak sedarkan diri. Dia dan dua mangsa berusia 18 dan 19 tahun yang terbabit dalam kemalangan itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung insiden pukul berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan, manakala kemalangan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Pemandu lunyai kena tibai orang ramai . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top