Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Mayat Lelaki mangsa bunuh dalam longkang

Sungai Petani: Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam longkang dekat tangki air di Taman Kempas di sini, hari ini.

Difahamkan mayat itu ditemui sekumpulan pemotong rumput di kawasan itu sebelum melaporkannya kepada polis.




Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan.

Hasil siasatan katanya, polis tidak menemui sebarang identiti pada mayat itu, namun mangsa dipercayai berbangsa India dan berusia lingkungan 30-an.

"Siasatan awal Unit Forensik, mangsa dipercayai mati di tempat lain sebelum mayatnya dicampakan ke longkang itu. Mangsa dipercayai mati empat hari lalu.

"Pemeriksaan pada tubuh mayat tidak menemui sebarang kesan tikaman mahu pun luka selain terdapat tatu lambang ular pada tangan kirinya dan tatu matahari di tangan kanan.

"Selain itu, tatu lambang salib dan tulisan A dan J berbentuk logo hati pada dada sebelah kanan," katanya dihubungi di sini, hari ini.

Md Zukir berkata, lelaki itu memiliki ketinggian kira-kira 1.8 meter dan berseluar jeans biru serta berbaju kemeja berkotak.

"Mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat," katanya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Mayat Lelaki mangsa bunuh dalam longkang . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top