Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

masalah tekanan darah tinggi ,darah rendah dan anemia punca utamanya akibat kecacingan-INFO KESIHATAN


sekadar gambar hiasan

Majoriti daripada kita hanya menitikberatkan masalah tekanan darah tinggi (hipertensi), darah rendah (hipotensi) dan kurang darah (anemia) dalam rekod kesihatan masing-masing. Ibu mengandung pula selalu diingatkan mengenai pengambilan zat besi bagi mengelak risiko anemia sepanjang kehamilan.

Namun selepas pelbagai kempen dan pendedahan mengenai risiko, pencegahan serta rawatan bagi semua masalah berkenaan, masih ramai yang keliru mengenai penyakit dan situasi yang dihadapi.

Pakar Perunding Hematologi Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Bahariah Khalid berkata, masyarakat kini, khususnya Melayu lebih cenderung mengambil sikap tunggu dan lihat perubahan diri apabila disahkan mengalami masalah berkaitan darah.

“Sebagai contoh, apabila membuat pemeriksaan kesihatan di klinik dan dimaklumkan mengalami darah rendah, ramai pesakit tidak bertanya lanjut. Mereka lebih suka membuat kesimpulan mudah dengan menganggap masalah yang disebut doktor ialah hipotensi.

“Sebenarnya, darah rendah terbahagi kepada dua. Ia boleh jadi hipotensi atau setiap komponen dalam darah itu rendah. Sebab itulah pesakit perlu sentiasa waspada dan bertanya lanjut kepada doktor yang merawat.

“Ini penting kerana masalah tekanan darah dan sel darah ialah dua perkara berbeza tidak kira dari sudut ubat mahupun kaedah rawatannya. Hal yang sama juga berlaku kepada pesakit anemia.

“Kebanyakan pesakit mengabaikan rawatan walaupun diberitahu mengalami kurang darah atau zat besi kerana keadaan tubuh yang dirasakan sihat,” katanya.

Menurut Dr Bahariah, sudah sampai masanya untuk setiap individu bersikap peka terhadap keadaan tubuh dengan menjalani ujian kiraan darah keseluruhan (FBC) secara rutin. Ia penting untuk mengetahui kiraan sel darah merah, khususnya hemoglobin yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh organ dan badan.

“Menerusi FBC, boleh lihat sama ada seseorang itu mengalami masalah anemia (kurang sel darah merah) tanpa sedar, mengetahui kiraan sel darah putih dalam tubuh atau melihat kiraan platelet.

“Sekurang-kurangnya, pesakit boleh mendapatkan gambaran awal mengenai penyakit dan risiko dihadapi, sekali gus berbincang dengan doktor mengenai penyelesaian atau rawatan yang bersesuaian.

“Bagaimanapun,, FBC masih tidak layak dijadikan kayu pengukur kepada punca dan permasalahan penyakit, melainkan disusuli ujian kiraan darah lengkap (CBC) serta prosedur berkaitan,” katanya.

Anemia akibat kecacingan

Walaupun banyak teori perubatan boleh dikaitkan dengan kiraan darah tidak normal seseorang, namun ada satu punca yang berkemungkinan tinggi menjadi penyebab utama kepada peningkatan anemia di negara ini.

“Berdasarkan kajian yang saya lakukan di sebuah hospital kerajaan, didapati 50 peratus daripada pesakit perempuan dan lelaki mengalami masalah kurang darah. Jika hendak dibandingkan secara teliti, peratusan berkenaan sekata bagi kedua-dua jantina.

“Terdapat banyak faktor boleh dikaitkan dengan situasi ini, antaranya masalah kurang zat besi, vitamin B, asid folik dan kurang nutrisi. Namun, paling kerap kita abaikan ialah masalah kecacingan.

“Sama ada sedar atau tidak, masyarakat kita hanya mengambil berat soal pengambilan ubat cacing dalam kalangan kanak-kanak. Jika tidak percaya, cuba tanya diri sendiri, bilakah kali terakhir kita mengambil ubat cacing? Pasti ada yang ketawa apabila diajukan soalan sedemikian.

“Hal yang sama turut berlaku apabila saya mengarahkan jururawat memberi ubat cacing kepada semua peasakit yang menjadi responden kajian berkenaan. Saya diketawakan kerana ubat cacing,” katanya.

Jelas Dr Bahariah, pengambilan ubat cacing seharusnya menjadi rutin individu bagi tempoh setiap enam bulan atau setahun. Ini kerana, orang dewasa tidak pernah terkecuali daripada ancaman sistem imun rendah.

“Jadi, tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa, ibu mengandung atau warga emas, semua perlu mengambil ubat cacing untuk kesejahteraan diri. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi.

“Paling utama, tanamkan kesedaran tinggi supaya peka terhadap keadaan tubuh. Antara simptom anemia yang berpunca daripada kecacingan termasuklah hilang selera makan, perut kembung, gatal di bahagian anus, cacing dalam najis, loya dan berat badan sukar naik.

“Kesedaran penting, ada orang yang disahkan anemia tetapi masih mengabaikan nasihat doktor kerana dianggap remeh. Dalam kebanyakan kes, pesakit tiba di hospital dalam keadaan yang sukar diubati atau diselamatkan,” katanya.

Jenis cacing

Cacing kerawit

Cacing kerawit mempunyai kulit yang licin dan tidak ditandai oleh gegelang seperti cacing gelang. Antara cacing yang tergolong dalam kumpulan ini ialah Abcylosotoma duodenale dan Necator americanus.

Cacing kerawit bergantung kepada darah perumah yang disedut melalui struktur gigi pada bahagian mulut cacing yang akan mencengkam dinding saluran usus kecil. Jumlah darah yang dihisap mungkin banyak dan kehilangannya menyebabkan anemia iaitu satu gejala utama penyakit yang disebabkan oleh cacing kerawit.

Gejala lain termasuklah kurang hadam makanan, hilang selera makan, pening kepala, batuk, muntah dan rasa mual. Kitar hidup cacing jenis ini bermula di dalam perumah melalui persenyawaan cacing betina dan jantan untuk menghasilkan telur di dalam najis manusia atau perumah lain. Apabila telur menetas menjadi larva, ia akan berkembang sehingga menjangkiti perumah baru.

Kemasukan larva ke dalam perumah terjadi sama ada melalui mulut yang membabitkan pengambilan makanan tercemar atau melalui rongga kulit tapak kaki. Ketika masuk melalui tapak kaki, perumah akan mempunyai tanda seperti kulit kaki menjadi kemerah-merahan dan membengkak.

Cacing gelang

Sama seperti cacing kerawit, cacing gelang juga parasit yang hidup di dalam usus kecil manusia. Antara cacing yang tergolong dalam kumpulan ini ialah Ascaris lumbricoides dan Ascaris suum.

Di dalam tubuh manusia, persenyawaan antara cacing betina dan jantan akan menghasilkan telur dan cengkerang tebal yang dibebaskan keluar badan manusia. Cengkerang berkenaan membolehkan kemandirian yang tinggi untuk larva cacing.

Pencemaran sisa najis ke atas bahan makanan yang dimakan mentah menjadi punca utama kemasukan telur ke dalam tubuh manusia. Apabila telur ditelan manusia, larva akan menetas dan larva yang dibebaskan akan serta-merta mengorek dinding usus kecil. Larva ini juga boleh memasuki saluran darah untuk sampai ke hati dan membiak di dalam hati.

Semasa peringkat pembesaran di hati, kerosakan hati manusia boleh berlaku apabila bilangan larva cacing terlalu banyak. Selain hati, larva cacing juga boleh memasuki organ lain seperti paru-paru dan jantung dan menyebabkan kerosakan kedua-dua organ berkenaan.

Oleh itu, cacing jenis ini sering kali menyebabkan kematian perumah melalui kerosakan organ seperti jantung, paru-paru, hati, hempedu sehinggalah ke otak.

Cacing rambu

Cacing rambu juga dikenali sebagai cacing benang mempunyai saiz berukuran dua hingga lima milimeter. Jenis cacing yang tergolong dalam kumpulan ini termasuklah Enterobius vermicularis.

Kebiasaannya cacing jenis ini dapat diperhatikan dengan mata kasar di dalam najis melalui sifat warna keputihan dan berbentuk agak gelendong. Di dalam manusia, cacing ini biasanya matang pada bahagian kolon atau usus besar tetapi mempunyai keupayaan bergerak ke usus kecil atau luar perut dan dubur.

Selepas persenyawaan berlaku, cacing betina akan meninggalkan telur yang akan melekat pada dinding dubur. Proses telur melekat ke dinding dubur dicapai melalui lendir yang akan menyebabkan kegatalan pada bahagian terbabit.

Sekiranya digaru menggunakan jari, telur cacing akan dipindahkan ke jari dan menyebabkan jangkitan semula kepada perumah yang sama atau perumah baru dalam keadaan jari yang tercemar dimasukkan ke dalam mulut. Ia cara lazim bagi jangkitan cacing rambu kepada perumah baru terutama dalam kalangan kanak-kanak sekolah.

Antara tanda jangkitan cacing jenis ini ialah pemakanan tidak hadam, gatal-gatal pada bahagian dubur terutama sekali pada waktu malam, keletihan akibat tidur yang tidak nyenyak dan jangkitan pada dubur akibat aktiviti menggaru.
http://www.hmetro.com.my



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kesihatan

TERIMA KASIH SUDI BACA masalah tekanan darah tinggi ,darah rendah dan anemia punca utamanya akibat kecacingan-INFO KESIHATAN. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top