Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kepada orang yang bertaggungjawab melanggar Jie dan suaminya, pergi la melawat walaupun anda bersalah atau tidak.

Kisah benar ini dikongsikan oleh Puan Rahmah Khalilah Muhamed yang dialami oleh sahabatnya.
Assalamualaikum warga KIMM... 

"Disini saya nak cerita sikit pasal sahabat saya yang sangat kuat dan tabah orangnya.. Saya namakan dia sebagai Jie (bukan nama sebenar) Dia salah seorang pertama kali mengandung dan kandungannya berusia 8 bulan.. Pada 12 hari yang lepas, Jie telah terlibat dalam satu kemalangan yang agak teruk di antara kereta dan motosikal. Motosikal itu ditunggang oleh suaminya, dan Jie adalah pemboncengnya. 

Pada masa tu, mereka dalam perjalanan nak ke klinik untuk check up baby... Dan nak di jadikn cerita, Jie mengalami demam yang agak teruk 4 hari sebelum tu, dia ada mesej saya pada pagi kejadian itu, dia bagitahu saya, dia tak larat untuk pergi ke klinik, sebab nak bangun pun dah tak larat. Jadi saya bagitahu dia, hubungi lah Klinik Kesihatan (KK) bagitahu demam dan mitak postpone pada hari lain..
Tapi dia tidak balas mesej saya. Saya anggap dia sedang tidur sebab demam. Tiba-tiba pada waktu tengahari lepas tu, saya mendapat berita daripada kawan-kawan sekolah saya, mereka bagitahu Jie dan suaminya mengalami kemalangan.. Ya Allah...😱trus saya terkejut dan memikirkan bayi Jie. 

Kejadiannya itu berlaku sewaktu Jie dan suami nak U-Turn, mereka sudah tuggu di tempat line U-Turn sementara menunggu kereta di arah bertentangan...tapi tiba-tiba muncul sebuah kereta melanggar Jie dan suaminya dari arah belakang, sehinggakan Jie dan suaminya melambung dengan jarak yang berjauhan. Si suami melambung jauh, dan Jie pulak melambung dan perut kandungannya terhempap di atas kereta, dan Jie jatuh terlentang atas jalan raya dengan keadaan yang meniarap..(seperti dalam gambar). 

Bayi Jie disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat terhempap terlalu kuat. Suami Jie pula patah sebelah kaki dan retak bahagian mata.. Manakala Jie pula kematian anak pertama, patah kaki kanan, retak kaki kiri, mata retak dan bibir mulut hancur.😭 Ohhh tuhan, sungguh berat ujian yang engkau berikan kepada sahabatku ini tetapi Alhamdulilah Jie, suami dan keluarga sangat kuat orangnya.. Jenazah bayi Jie selamat dikebumikn pada Hari Jumaat lepas..Bayi perempuan,👧seorang anak syurga. Sangat comel dan putih. Sabarlah wahai sahabatku.. InshaAllah ada hikmahnya di sebalik kejadian... 

Kepada orang yang bertaggungjawab melanggar Jie dan suaminya, pergi la melawat walaupun anda bersalah atau tidak. Dan report yang awak buat tu, Jie dan keluarga dah maafkan awak dah pun.. Tapi sampai bila awak nak berselubungi dengan ketakutan sehinggakan awak tak masuk kerja, larikan diri, buat laporan palsu. Laporan palsu awak kepada Jie tu, sangat menyakitkan, tapi hanya Allah yang mampu membalasnya.. 

Walaupun keluarga mangsa dah redha, dah maafkan awak, tapi mesti ada di sekelumit hati mereka ingin kemaafan daripada awak. Kepada semua, saya nasihatkan walau lambat macam mana pun masa anda untuk ke tempat kerja, TOLONG LAH BERWASPADA PADA KEADAAN SEKELILING DAN BERHATI-HATI.. JANGAN MEMANDU DENGAN LAJU, JANGAN MENGGUNAKAN TELEFON SEWAKTU MEMANDU, ATAU APA-APA PERKARA YANG BOLEH MENGANCAM NYAWA ORANG LAIN KETIKA DI JALAN RAYA. Sekian cerita daripada saya.. #kisahbenar



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA Kepada orang yang bertaggungjawab melanggar Jie dan suaminya, pergi la melawat walaupun anda bersalah atau tidak. . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top