Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

janda anak dua dan kekasihnya warga asing ditangkap khalwat dan tanpa segan silu mengaku

sekadar gambar hiasan



 KUALA TERENGGANU - Seorang janda anak dua dan kekasihnya warga asing ditangkap khalwat dan tanpa segan silu mengaku sudah pun melakukan hubungan seks sebelum diserbu, lapor Sinar Harian.

Dalam serbuan yang dilakukan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) jam 1.20 petang Selasa lalu, janda berusia 38 tahun itu memaklumkan sudah mengenali kekasihnya berusia 24 tahun selama enam bulan kerana mereka bekerja di tempat yang sama.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, hasil siasatan wanita itu mendakwa datang dari Ajil, Hulu Terengganu ke bandar raya ini bersama kekasihnya dengan ditemani rakan sekerja yang lain.

"Sebaik mereka selesai makan dan minum bersama rakan sekerjanya itu, lelaki terbabit mengajaknya menginap di hotel berkenaan. Dia mengaku tujuan mereka ke hotel itu adalah semata-mata untuk melampias nafsu selepas bercerai dengan suaminya sejak lima tahun lalu.

"Hasil soal siasat, wanita itu mengaku sudah melakukan hubungan seks dengan kekasihnya sebelum diserbu penguatkuasa syariah daerah," katanya.

Pasangan terbabit dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. - The Reporter










https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA janda anak dua dan kekasihnya warga asing ditangkap khalwat dan tanpa segan silu mengaku. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top