Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

isu Zakir Naik : peguam siti kassim dan seangkatannya semakin panas punggung

PETALING JAYA: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) mengalu-alukan penceramah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik tinggal di Malaysia sekiranya beliau dilarang pulang ke negara asalnya.

“Sebagai sebuah negara yang berjiwa besar yang memberi perlindungan kepada pelbagai bangsa dan agama, Malaysia harus terus mengekalkan sikap tersebut,” kata Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden NGO Islam itu mengulas gesaan beberapa pihak supaya kerajaan Malaysia mengusir Zakir kerana menuduhnya mengganggu keharmonian kaum di negara ini melalui ceramah yang didakwa menghina agama lain.

Zakir yang mengetuai Yayasan Penyelidikan Islam di Mumbai, masih dalam siasatan pihak berkuasa India kerana dikatakan menyebarkan kebencian kaum dan menyanjung keganasan.


Mohd-Parid_zakir-naik_6

Beliau juga dilaporkan dikehendaki Direktorat Penguatkuasaan India dalam kes pengubahan wang haram dan Agensi Siasatan Negara itu turut menyiasat 78 akaun bank dan pelaburan membabitkan RM65 juta yang dikaitkan dengannya.

Kelmarin, 19 individu termasuk Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy, memfailkan saman terhadap Putrajaya kerana mendakwa ia melindungi Zakir yang menurut mereka mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

Parid berkata, tindakan menghalau atau menghalang Zakir memasuki Malaysia bertentangan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan bersuara serta beragama.

Katanya, tindakan itu juga boleh mencetuskan salah faham dan rasa tidak senang, terutamanya dalam kalangan umat Islam.

“Ikram menyeru semua pihak berusaha mengekalkan keharmonian kaum dan agama, saling hormat-menghormati dan mengelakkan sebarang salah faham dan ketegangan.

“Sebarang salah faham harus diselesaikan melalui dialog dan perbincangan. Ikram sedia berdialog dengan semua pihak bagi merungkai perkara ini dengan sebaik-baiknya.”



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA isu Zakir Naik : peguam siti kassim dan seangkatannya semakin panas punggung. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top