Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Isteri diugut rogol dan bunuh akibat suami lari tak bayar Ah long

DIUGUT ROG*L DAN BUN*H AKIBAT SUAMI BERHUTANG AHLONG! Seorang wanita terpaksa menanggung hutang berjumlah RM40,000.00 apabila suaminya membuat pinjaman Ahlong menggunakan nama beliau tanpa pengetahuannya. Lebih malang lagi suami mangsa telah menghilangkan diri sejak enam bulan lalu dan mengakibatkan mangsa diburu oleh kesemua Ahlong tersebut. 


Mangsa yang merupakan suri rumah dan tiada sumber pendapatan terpaksa meminjam dari Ahlong lain demi membayar hutang-hutang suaminya kerana bimbangkan keselamatan diri serta keluarga. 

Mangsa serta anaknya pernah diugut akan dirog*l serta dibun*h jika gagal untuk membayar hutang yang dipinjam oleh suaminya. Menurutnya, beliau kini buntu kerana suaminya tidak dapat dikesan sejak 6 bulan yang lalu dan beliau terpaksa menyara 8 orang anak yang masih kecil. 

Mangsa telah membuat aduan kepada PPIM bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk. PPIM telah membantu mangsa untuk berunding dengan kesemua Ahlong tersebut dan telah merujuk kes terbabit kepada pihak Polis kerana mempunyai unsur ugutan bun*h. 

“Sekiranya anda atau kenalan mempunyai masalah berkaitan Ah Long, kami nasihatkan anda untuk segera melaporkan aduan kepada Unit Banteras Ceti Haram PPIM bagi mendapatkan bantuan" Mengikut pengalaman kami, ramai mangsa Ahlong mula terjerat kerana menyangka mereka mampu berurusan secara sendiri dengan Ahlong tanpa sebarang masalah. 

 Untuk makluman semua, Ahlong menggunakan pelbagai taktik licik dan zalim untuk memerangkap mangsanya. Bunga yang tidak masuk akal serta ugutan menyebabkan mereka yang meminjam dari Ahlong akhirnya menjadi hamba Ahlong untuk selama-lamanya. 

 PPIM melalui Unit Banteras Ceti Haram telah menyelesaikan ribuan kes Ahlong yang melibatkan nilai jutaan ringgit. Kejayaan demi kejayaan dicapai sekaligus membantu ribuan mangsa Ahlong serta mereka yang terbabit. Bantuan diberikan tidak mengira Bangsa mahupun Agama. 

Unit Banteras Ceti Haram PPIM boleh dihubungi ditalian 013-3071 999 atau 019-3458 444. Kami menasihati masyarakat jangan sesekali meminjam dari Ahlong! Unit Banteras Ceti Haram Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur 013-3071 999 / 019-3458 444 03-4257 7222 / 03-4256 6618 Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong. 

sumber : ppim 

 #Viralkan 
#JanganSalahPinjam 
#NoToAhlong 
#NasihatDariPPIM
 #JanganPinjamAhlong 
#PPIMPeduli #Share 
#kongsi 
#AhlongMusuhNegar



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Isteri diugut rogol dan bunuh akibat suami lari tak bayar Ah long . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top