Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Disetubuhi berkali-kali oleh suami orang, wanita ini kongsi kisah yang patut wanita lain baca supaya tidak berlaku kepada mereka

saya menerima panggilan daripada seorang wanita rakan facebook yang kerap ber-chating,namun tidak pernah bertemu.

Lima hari sebelum tarikh panggilan yang dibuat olehnya pada saya,dia bersungguh-sungguh meminta nombor telefon,katanya,dia teringin sangat hendak bertemu.



Saya tidak keberatan  memberi nombor telefon memandangkan dia bersungguh-sungguh meminta,setelah memberitahu nombor telefon,wanita tersebut menghantar mesej,’terimakasih InsyAllah saya call awak dalam masa terdekat.

Memang benar,Akhirnya wanita itu call saya sebagaimana tarikh dan masa diatas.call bermula dengan salam berakhirnya dengan salam itu tidak mangambil masa yang lama,hanya sekitar lima minit.

Dalam perbualan yang singkat itu, wanita tersebut meminta saya bertemu dengannya di Tasik Shah Alam tanpa ditemani sesiapa,pada awalnya saya rasa sangsi kerana dia juga datang seorang diri.

Dalam kesangsian menerjah hati dengan berbagai soalan,saya kuatkan tekad bertemunya di tempat yang dijanjikan pada jam 15.40.

Saya mengambil masa 10 minit untuk mencarinya,maklumlah tidak pernah bersua,malah temu janji ini-pun dibuat dalam masa singkat.

Berdasarkan warna pakaian yang diberitahu olehnya,saya lihat seorang wanita bersendirian  duduk  disebuah bangku yang membelangkangi bangunan PKNS.

Untuk mempastikan,saya call nombor yang pernah diberikannya beberapa hari lepas,memang sah dialah wanita yang mahu bertemu dengan saya.

Assalamulaikum,salamnya pada saya,setelah salamnya dijawab,wanita tersebut perkenalkan dirinya dengan nama dot dot dot panggil sahaja saya Yati katanya.

Sekitar 5 minit saya dan Yati berada dibangku itu dan tidak banyak hal yang dibicarakan,selepas itu kami beredar kesebuah kereta berjenama Honda,dan Yati berkata, inilah kereta buruk kesayangannya .
Buruk apa-nya,kalau masih berkilat macam ni,kata saya,,Yati pula ketawa kecil.

Dengan ketinggian sekitar 5 kaki 2 inci berbadan seberat 50kg dan berkulit putih gebu dengan tutur kata lembut,memiliki senyuman menawan,serta memiliki segulung ijizah dari sebuah pusat pengajian tinggi tempatan dalam bidang perubatan,sudah pasti dia juga mempunyai pekerjaan yang bagus sesuai dengan kelulusannya.

Setelah beberapa minit dikeretanya,saya dan Yati menaiki sebuah teksi menuju  Seksyen 15 untuk kesebuah warong  popular disitu.

Sesampainya diwarong tersebut,saya melihat Yati mencari tempat duduk disudut sebelah kanan dalam warong tersebut dan dia meminta saya duduk terlebih dahulu.

Yati memang seorang peramah dan mesra alam,semasa diwarong di seksyen 15,Yati-lah yang pesan minuman dan makanan,saya pula tak sabar mahu dengar apakah berita yang ingin disampaikannya.

Saya berseloroh pada Yati.Oh,,, di Facebook nama lain,kat sini nama lain pulak,awak ada berapa nama sebenanrnya..

Alah,,,Abang,’Kan itu Facebook,yang abang ber-chating inilah orangnya,jawab Yati.

Apasal .setiap kali Yati chat  dengan saya,ada sahaja perasaan sedih awak lontarkan ,kekadang sayapun hairan.

Entahlah bang,mungkin Yati tak ada tempat mengandu nasib diri pada sesiapa,jadi Yati terluah perasaan pada abang tanpa sengaja,jika terguris mohon maaflah,terus terang Yati katakan semasa chat dengan abang,Yati rasa abang seorang yang boleh menyimpan rahsia,bualnya pada saya.

Makanan dan minuman yang dipesan sudah terhidang dihadapan,sambil makan ,sekali-sekali saya lihat wajah Yati yang saya kira memang ada masalah sedang dipikulnya.

Selesai makan,kami masih berada diwarong itu selama 45 minit dan Yati mula bercerita tentang dirinya.

Dalam senyum manis rupanya Yati menyimpan luka yang amat pedih yang mungkin sukar untuk dilupainya sampai bila-bila.

Yati menceritakan,pertengahan 2014 dia berkenalan dengan seorang lelaki berasal dari pantai timur bernama Amar(bukan nama sebenar)

Yati akui,dalam usia 27 tahun dia mememang merlukan teman hidup,apa lagi rakan-rakan sebaya kuliahnya sudah berumah tangga dan mempunyai zuriat.

Pada awal berkenalan dengan Amar,Yati menceritakan,pada satu pagi ketika ketempat kerja,keretanya mengalami kebocoran pada tayar.

Dia tiada pilihan selain berhenti dibahu jalan,pada masa yang sama Yati call kawan-kawan agar dapat membantu dia.

Namun kekawannya lambat sampai,pada detik itu juga sebuah kenderaan berhenti,dan seorang lelaki menawarkan bantuan untuk tukar tayar,sebelum itu lelaki tersebut memperkenalkan namanya sebagai Amar.

Setelah selesai semuanya,Amar memberikan Yati kad perniagaan,dan Yati juga memberi name cardnya.

Beberapa hari selepas kejadian,Yati call  Amar dengan tujuan untuk mengucapkan terimakasih diatas bantuan tempoh hari.

Yati menceritakan,pada hari minggu hujung bulan ke enam 2014,dia mempelawa Amar ke sebuah kedai makan di dearah Subang dengan niat untuk membalas budi,Amar tidak menolaknya.


Pada awal bertentangan mata dengan Amar,Yati akui sungguh tertarik dengan tutur bicara Amar yang di kira sungguh sopan dan kacak itu.

Dalam perbualan di kedai makan Yati diberitahu,Amar tidak pernah  berumah tangga,dan hidup bersendirian dirumah yang dibelinya dengan harga ratusan ribu.

Saya sempat bertanya Yati,Apakah pada masa itu dia percaya dengan kata-kata Amar?.Yati aku dia memang percaya.

Hari demi hari perhubungan Yati dan Amar semakin akrab,Amar pula bijak menyelami kelemahan Yati yang kini berada dalam kuntuman bunga jiwang yang disemainya.

Setelah tiga bulan Yati mengenali Amar,Yati mula keluar negara setiap kali cuti tahun yang diambilnya,malah Yati akui berkorban wang ringgit demi cintanya pada Amar,malah Yati juga mengaku beberapa kali terlanjur bersama kekasinya itu di beberapa bilik hotel dalam dan luar negara.

Saya melihat beberapa kali Yati mengesat air mata penyesalan,Abang,apakah taubat saya diterima Allah,aju Yati pada saya.

Allah maha menerima taubat hamba-Nya,Allah tidak pernah menzalimi setiap hambanya,hanya hambanya sahaja leka dan lalai dari suruhan dan larangan,bertaubatlah sesungguhnya Allah maha menerima taubat.kata saya.

Sambung Yati lagi,kira-kira 10 hari lepas,dia diserang oleh seorang wanita yang mengaku isteri Amar disebuah kedai makan yang tidak jauh daripada tempat kerjanya.

Yati diseranah,Yati dipukul,Yati dicaci sebagai perempuan sundal dihadapan rakan-rakan sepejabat dan pengunjung kedai itu,malu Yati bang,katanya sambil mengesat manik-manik jernih dipipi.

Saya hanya mampu melihat aliran air mata dipipinya tanpa manpu berbuat apa-apa,selain ungkapan sabar sahaja yang mampu  saya katakan pada Yati yang semakin meninggi suara tangisan, dan ramai orang didalam warong itu memandang kearah saya dan Yati.

Selepas itu Yati tak cari Amar untuk mengesahkan,adakah wanita yang mengaku isterinya itu adalah benar-benar isterinya,tanya saya pada Yati.

Yati call,Yati jumpa dia ,dia mengaku yang wanita itu adalah isterinya dan dia juga mengaku sudah mempunyai dua orang anak.

Selepas itu Yati hamun dia,Yati pukul dia dan pekik depan orang ramai.tapi dia seperti batu sahaja dan  Yati tinggalkan dia bersendirian dalam kedai makan 24 jam di Kuala Lumpur.

Yati tak sangka,yang Amar sanggup menipu,dan pada awalnya Yati mahu mangambil tindakkan undang-undang,setelah dinasihatkan oleh rakan-rakan niat itu dipadamkan.

Dalam pertemuan itu saya tidak banyak memberi kata-kata nasihat memandangkan Yati masih pilu dan InsyAllah jika diberi keizinan oleh Allah,saya akan bertemu Yati di lain waktu.

Setelah menghantar Yati di Tasik Shah Alam dengan teksi saya dengan motor buruk pulang kesarang..ha ha ha.

Cerita benar ini daripada seorang rakan yang pada asalnya saya kenal di Facebook……cerita ini juga ditulis dengan izin tuan empunya cerita.

-Media Shah Alam



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Disetubuhi berkali-kali oleh suami orang, wanita ini kongsi kisah yang patut wanita lain baca supaya tidak berlaku kepada mereka. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top