Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Warga emas jatuh terduduk tak tahan lama berbaris ambil BR1M

SEORANG warga emas dikatakan jatuh terduduk depan BSN Teluk Intan kerana kakinya tak tahan terlalu lama berdiri dan berbaris bagi mendapatkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M.


Perkara itu disuarakan oleh ADUN Changkat Jering, Perak Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin menerusi akaun twitter miliknya.

"Depan BSN Teluk Intan, orang ini terjatuh kerana sangat lama berbaris tunggu BR1M. Kenapa dera rakyat emas ini?" Soal Nizar.



Tindakan kerajaan pimpinan Najib Razak mengagihkan BR1M kali ini, iaitu melalui pemberian baucar menerima kutukan orang ramai kerana langkah itu jelas sekali sangat menyusahkan rakyat, terutama golongan uzur dan warga emas.

Sebelum ini tiada masalah pun BR1M dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, namun gara-gara sudah dekat pilihanraya, Barisan Nasional (BN) nampaknya sengaja menyusahkan rakyat untuk mengambil baucar BR1M di dalam program anjuran BN atau pejabat-pejabat berkaitan parti itu bagi meraih keuntungan politik.

BN menyuruh penerima mendengar ceramah politik terlebih dahulu sebelum menerima baucar BR1M daripada ahli-ahli politik BN (Barang Naik).

Malah ramai warga emas dan golongan yang uzur disuruh mengambil BR1M di lokasi yang sangat jauh, berpuluh malah beratus kilometer dari tempat tinggal penerima.

Contohnya sebelum ini ada dilaporkan seorang wanita warga emas yang tinggal di Setiawan Perak diminta untuk mengambil baucer brim di Ipoh yang jaraknya kira-kira 80 kilometer dari tempat tinggalnya.

Selain itu, Chan Gan seorang warga emas berusia 73 tahun menerima notis dari parti komponen BN, MCA bahagian Ipoh Timur yang memintanya untuk mengambil baucer BRIM di Dewan Tow Boh Keong pada pukul 9 pagi 17 Mac 2017.

Warga emas  ini perlu mengambil bas dan melalui perjalanan yang lama untuk ke dewan berkenaan.

Nak sampai ke tempat pengagihan BR1M pun begitu susah, apa lagi nak berdiri dan berbaris.

"Nak berdiri pun susah, kamu mahu saya beratur?" soalnya.

sumber http://www.milosuam.net



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Warga emas jatuh terduduk tak tahan lama berbaris ambil BR1M. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top