Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Video : Tarian zapin Malaysia di Arab Saudi kecoh selepas lelaki mengamuk

RIYADH: Kumpulan ghazal dan tarian zapin yang mewakili Malaysia di Pesta Buku Antarabangsa Riyadh (RIBF) 2017 di Arab Saudi dipaksa memberhentikan persembahan mereka selepas kekecohan ditimbulkan seorang lelaki yang tidak setuju dengan acara itu.




Bernama melaporkan kejadian yang berlaku pada Khamis, 9 Mac itu melibatkan seorang lelaki Arab yang tidak dikenali, yang mencampak mikrofon serta alat muzik ke lantai bagi membantah persembahan itu.

Video insiden itu turut dimuat naik di YouTube, menunjukkan lelaki Arab itu memarahi wakil Malaysia.

Salah seorang wanita didengar memberitahu lelaki tersebut: “Kami tetamu kehormat! Dia tidak patut melayan kami sebegini,” sambil dibalas balik lelaki itu dalam bahasa Arab.

RIBF yang berlangsung sehingga 17 Mac merupakan acara tahunan dianjurkan Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi, dan setiap tahun sebuah negara dipilih sebagai tetamu kehormat, di mana seni dan budaya negara itu dipertontonkan kepada pengunjung.

Persembahan ghazal dan zapin Malaysia itu disertai 12 pelajar Sekolah Seni Malaysia Johor, atas jemputan penganjur.

Insiden itu berlaku selang 2 minggu selepas kunjungan Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia, yang menyaksikan hubungan kedua-dua negara di tahap paling baik dengan pelbagai perjanjian dagang berbilion dolar dimeterai.




Arab Saudi yang terkenal dengan peraturan ketat mengawal acara hiburan, turut mengenakan syarat hanya peserta lelaki dibenarkan pada acara tersebut.

Sementara itu, Bernama memetik Kementerian Pendidikan yang berkata pihak Arab Saudi memohon maaf atas kekecohan itu, dan menjelaskan agensi keselamatannya sedang mengenal pasti individu terbabit.

“Persembahan di Pavilion Malaysia akan diteruskan berikutan sambutan hangat masyarakat Arab Saudi terhadap zapin dan ghazal dan sebagai langkah berhati-hati, kawalan keselamatan di pavilion akan diperketatkan sepanjang persembahan berlangsung,” kata kenyataan itu.

Peserta Malaysia, Aizat Azhar, 17, menceritakan rasa terkejutnya apabila alat muzik gambus dicampak ke lantai.

“Saya tidak menyangka perkara ini berlaku kerana beberapa persembahan yang dibuat pada pesta buku ini mendapat sambutan pengunjung tempatan,” katanya dipetik Bernama.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Video : Tarian zapin Malaysia di Arab Saudi kecoh selepas lelaki mengamuk. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top