Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

suamiku seorang doktor-aku terlanjur dengan bekas bf kerana suami tiada masa layan batinku

 sekadar gambar hiasan

Salam warga krt.
Saya nak mintak pendapat. Tapi sebelum tu biar sy cerita dulu apa yng berlaku. Sy Baru berkahwin beberapa bulan lepas atas pilihan keluarga. 

Suami sy seorang doktor. Suami sy terlalu sibuk dengan kerja dia sampai tiada masa untuk sy. Dia juga tak memberikan nafkah yang secukupnya untuk saya. Dia jugak kedekut yang amat. Walaupun dia doktor, tapi dia cuma bagi sy tinggal dalam rumah flat biasa jer. Kereta pun pakai myvi second hand jer walaupun hati sy teringin nk pakai honda jazz dan tinggal di kawasan perumahan. Sy pujuk dia tapi dia ckp yang kami perlu jimat2 dulu sebab kebanyakan duit dia habis untuk kenduri kahwin kami. 


Sy kecik hati dia ckp macam tu. orang lain pun kawin tapi ada je duit. Alah takat hantaran yng family sy letak tu takda nk jatuh mmuflis lah. tpi dia doktor kot! bukan kerani. tapi tulah klau dh dpt suami kedekut nk buat mcm mana kan. Banyangkan lah... dengan isteri sendiri pun kedekut. nak jugak pakai handbag baru, tapi dia ckp pakai je dulu apa yang ada jagn membazir. Alah bukan luak pun duit nk belanja isteri bahkan murah rezeki lagi adalah.


Suatu hari tu, sy dapat tau dia renovate dapur untuk mak dia RM10K!!!. ada pulak duit. Sy berasa kecik hati sebab untuk isteri dia sendiri dia bagi dapur kecik je. Bila sy tanya dia dpt mana duit? dia ckp dia kumpul sikit2 untuk penuhi hajat mak dia yang nk dapur besar. lagi pun dia ckp yng mak dia dah masakkan untuk dia sejak dia kecik lagi so dia nk balas jasa mak dia. Habis? Sy ni macam mana? sy pun nk dapur besar jugak. Sy isteri dia kot! patutnya sy pun dpt benda yng sama.


Dia pun tk banyak masa untuk sy. Keluar rumah pukul 6 pagi balik semula pukul 6 pagi besok. Cuti pun tk menentu. Bila balik ckp penatlah apalah pastu terus tidur. Habis sy kat rumah ni apa? Tunggul? Suami orng lain pun kerja jugak. Tapi ada je masa dengan isteri siap pergi travel semua. Sy ingat lepas sy kahwin sy dptlah kasih syng sepunuhnya oleh seorng bergelar suami.. tapi malangnya tak..dia lebih pentingkan pesakit2 dia tu. Macamlah diorang tu nanti yng akan lahirkan ank dia.


Suatu hari kami bergaduh. Sebab dia melampau sangat tk balik rumah sampai 3 hari. Dia ckp dia oncall lah bagai. Sy sedih sngt. sy ni apa di mata dia? ingat bibik kerja nk kemas rumah dia je?Sy dah tak tahan. sy lari pergi rumah ex-bf sy. Kami dah kenal sejak sekolah menengah. Kami sangat rapat. Dialah tempat sy luahkan segala perasaan yang terpendam. bila sy dengan dia sy rasa happy. dia pandai layan sy, amik berat pasal sy tk macam si suami tu. Sy mengaku, sebelum sy kahwin dengan suami, sy dn bf sy pernah terlanjur beberapa kali. Tapi kami dh bertaubat. Pernah suami tanya kenapa tkda darah masa malam pertama, sy ckp sebab dulu sy lasak sangat sampai dia koyak sendiri. Suami sy pun nak tak nak kena percaya lah. Sy bukan niat nk tipu dia, tapi sebab teringat pesan ustaz yang kita haram memberi tahu suami tentang kisah silam kita sebab akan merosakkan rumah tangga. Yng berlalu biarlah berlalu.


Tapi tipulah ada orang yng sekali bertaubat je dh boleh tinggal maksiat tu semuakan? Mesti ada dugaan punya. Sebab sy masih marah dengan suami, sy terima pelawaan bf sy untuk tidur je kat rumah dia. Yelah, duduk dengan dia ada jugak teman taklah bosan sngt duduk kt rumah sempit tu. Bf sy layan sy macam seorang puteri. Dia sngt caring pasal sy. Sy mula jatuh cinta lagi sekali sampaikan kami terlanjur. Beberapa kali. Mula2 memang best sebab suami sy pun jarang bagi nafkah batin kepada sy. sy dh ambil keputusan untuk bercerai dengan suami dan berkahwin dgn bf sy. dia janji akan kahwin dng sy bila sy cerai nanti. tapi sy tunggu dulu sampai masa yng sesuai.


beberapa minggu lepas tu, si suami ni ckp yng dia dh habis houseman apatah, so dia ckp masa kerja dh tk ketat mcm dulu. Dia cuba untuk lebihkan spend time dengan sy. tpi hati sy masih ada apa bf sy. dia ckp yng simpanan dia dh cukup untuk buat downpaymen condo kt penang. hadap laut. sy dalam dilema. sy sayangkan bf sy tapi sy tak nak cerai dengan suami.Sy terfikir, perlu ke sy bagi tau suami tentang apa yng sy buat belakang dia. 

Dia mesti sedih bila dapat tau sebab dia sngt percayakan dan sayangkan sy. Jadi sy merahsiakan hal ini sebab tak mahu rumah tangga sy hancur. Lagi pun kan tk baik buka aib sendiri sebab Allah dh tutupkan dh elok2 kenpa perlu kita bukakan?
Masalahnya, sy disahkan mengandung 3 bulan. Sy pun tk sedar sebab bdn sy kecik je. Sy tau anak ni hasil sy dengn bf sy sebab suami sy tk pernah lepas dalam. Dia ckp sebab dia nk spen time dengn sy 

dulu berapa tahun baru dia nk ada anak. Sy takut sy buntu. Apa perlu sy buat? Perlu ke sy pujuk suami untuk lepas dalam dan berpura2 tu anak kami? Atau perlu ke sy gugurkan? Kalau perlu kat mana sy boleh buat mcm tu? Jangan kecam sy. Sy tau sy bukan istri yng baik tpi sy tengah cuba untuk jadi yng terbaik. sy tahu ini semua ujian Allah kepada sy. sy pun dh insaf. Sy dh solat taubat.Tolonglah.. sy buntu



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA suamiku seorang doktor-aku terlanjur dengan bekas bf kerana suami tiada masa layan batinku . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top