Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Saya anggap dia pergi "berperang saja" - elly dedahkan perangai sebenar bekas suami

Walaupun jodoh tidak berpanjangan dan berpisah dengan suami di saat membesarkan anak yang masih kecil, pasti menjadi suatu pengalaman yang perit bagi penyanyi popular Elly Mazlein.


Kini anak perempuannya, Putri Sara Sefhia sudah berusia setahun dan semalam Elly meraikan majlis ulangtahun anak kesayangannya itu dengan meriah sekali.

Namun di sebalik kegembiraan yang dikongsikan bersama peminatnya, Elly terkilan dengan sikap bekas suaminya, Azmi Hatta yang tidak hadir sewaktu majlis itu berlangsung.

Elly menganggap bekas suaminya sengaja melepaskan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

“Saya anggap dia pergi ‘berperang’ sahaja. Sibuk sangat sampai tiada masa hendak tanya soal anak. Sefhia sudah setahun usianya namun bukan sahaja hadiah, ucapan pun tidak ada..”

Sefhia tidak pernah dapat sehelai baju pun daripada bapanya. Mungkin dia rasa RM1,500 itu cukup

Walaubagaimanapun, Elly akui bahawa dia sememangnya tidak menjemput Azmi untuk datang ke majlis ulang tahun anaknya, namun sebagai seorang bapa mustahil tidak boleh luangkan masa demi anak.

“Tapi dia sepatutnya datang jumpa anak, itu tanggungjawab sebagai bapa. Mungkin dia sudah lupa anaknya kini setahun. Saya sengaja tak menjemput dia ke majlis sebab ada atau tidak, sama sahaja. Patutnya sebagai bapa dia tahu, takkan kena ingatkan..”

Elly meraikan sambutan majlis ulang tahun pertama anaknya yang turut dihadiri oleh ahli keluarga, teman-teman rapat dan juga rakan artis.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA Saya anggap dia pergi "berperang saja" - elly dedahkan perangai sebenar bekas suami . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top