Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

peluncur hoverboard dicas terbakar, Kanak-kanak 3 tahun maut

HARRISBURG: Seorang kanak-kanak maut dan dua lagi kritikal apabila peluncur hoverboard yang sedang dicas terbakar, kata pihak berkuasa. 

Pihak berkuasa bomba di sini berkata, seorang mangsa melompat dari bumbung anjung tingkat dua bagi menyelamatkan diri daripada kebakaran dilaporkan berlaku sebelum jam 8.00 malam waktu tempatan semalam. 


Dua mangsa wanita dan seorang lelaki berjaya diselamatkan menggunakan tangga. Pejabat koroner daerah Lehigh berkata, Ashanti Hughes, tiga tahun, diisytiharkan meninggal dunia sejurus jam 11.30 pagi waktu tempatan semalam di hospital. Seorang lelaki dan seorang lagi penghuni rumah berkenaan, remaja lelaki, dirawat dan dibenarkan keluar. 

Dua budak perempuan dalam keadaan kritikal di hospital. Kebakaran itu disifatkan sebagai kemalangan dan berpunca daripada hoverboard yang sedang dicas di tingkat pertama rumah itu. "Penghuni mendengar bunyi desis dalam hoverboard itu dan tidak lama kemudian ia meletup sebelum terbakar," katanya. - AP





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA peluncur hoverboard dicas terbakar, Kanak-kanak 3 tahun maut. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top