Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

pelajar perubatan universiti di Mesir Berdepan 54 tuduhan lacur wanita

Berdepan 54 tuduhan lacur wanita, 2 pemuda nangis di mahkamah
Mohamad Fadli


Pelajar perubatan di Mesir dan rakan baiknya menangis teresak-esak ketika dihampiri ahli keluarga selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah.


KUALA LUMPUR: Sepasang sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas 54 tuduhan membabitkan diri dalam sindiket pelacuran menerusi aplikasi “Wechat” di hotel sekitar ibu negara, tahun lalu.

Khairul Azzuar Yussof, 29, pelajar perubatan universiti di Mesir dan Mohyuddin Ahmad Fajarudin, 23, pekerja hotel didakwa menjadi orang tengah dan hidup atas hasil persundalan membabitkan 14 mangsa berusia 14 hingga 41 tahun termasuk 2 warga Indonesia.

Kedua-dua lelaki tersebut mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah selama hampir sejam di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.

Mereka yang juga rakan baik itu menangis teresak-esak selepas selesai pertuduhan dibacakan ketika dihampiri keluarga masing-masing, sebelum dibawa keluar dari lokap mahkamah.

Khairul Azzuar dan Mohyuddin masing-masing didakwa dengan 3 tuduhan, iaitu bersama-sama bertindak sebagai orang tengah bagi maksud persundalan mengikut Seksyen 372(1)(f) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen sama, dibaca bersama-sama Seksyen 34 akta sama.

Khairul Azzuar sedang menunggu panggilan latihan perubatan dari sebuah hospital manakala Mohyudin bekas pelajar diploma bidang minyak dan gas di sebuah politeknik.

Khairul Azzuar juga secara berasingan didakwa dengan 23 tuduhan sama manakala Mohyudin dengan 6 tuduhan mengikut Seksyen 372(1)(f) Kanun Keseksaan.

Sementara itu Khairul Azzuar didakwa dengan 13 tuduhan manakala Mohyuddin, dengan 9 tuduhan, atas kesalahan hidup dengan hasil persundalan membabitkan semua 14 mangsa mengikut Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sama jika sabit kesalahan.

Semua tuduhan didakwa dilakukan di beberapa hotel di ibu negara di antara Jun tahun lalu dan 7 Februari lalu.

Khairul Azzuar turut mengaku tidak bersalah merogol seorang remaja berusia 14 tahun di sebuah rumah di Bandar Sri Permaisuri mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abbas memberitahu mahkamah, pihak pendakwa tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh kerana semua kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Katanya, tertuduh juga tidak boleh diikat jamin kerana mengambil kira kepentingan awam dan keseriusan kes dilakukan kerana tertuduh ditahan hasil risikan polis, bukannya menyerah diri kepada pihak berkuasa selain kes ini membabitkan keselamatan mangsa.

Hakim kemudian memerintahkan kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan menetapkan pada 6 April ini untuk sebutan kes.

Khairul Azzuar diwakili peguam P Muniswer dan sementara peguam Ahmad Faris Khairuddin bertindak bagi pihak Mohyuddin.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA pelajar perubatan universiti di Mesir Berdepan 54 tuduhan lacur wanita. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top