Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

‘Maaf aku tak boleh terima perempuan yang tak pandai jaga diri jadi teman hidup aku’.... ‘muka cantik tapi dalam busuk kena tebuk tupai’.

 sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum. Harap admin siarkan atas niat untuk memberi pengajaran dan tauladan kepada para gadis sekalian alam. Self-introduction, nama I Eyla (bukan nama penuh), umur 27 tahun, dah habis belajar. I taknak cerita meleret so I cerita straight to the point terus.

I membesar dengan didikan agama, pemakaian I sendiri pun melambangkan memang I sangat menjaga diri I walaupun bukan tahap bertudung labuh. Mungkin timbul sedikit riak dan bongkak kerana sering dipuji ‘ada rupa, ada agama, ada segala’, I dapat ujian yang sangat dahsyat. Di uji dengan rasa cinta yang timbul pada jantan celaka. Hanyut dalam hasutan syaitan. 


Terlanjur untuk pertama kali, sumpah bukan atas kerelaan. Lepas setahun, ditinggalkan atas alasan ‘kau bukan perempuan yang pandai jaga maruah diri’, seminggu selepas convocation.
Dua tahun I meratapi diri. I jadi rendah diri bila lelaki approach. Mula terbuka hati pada kesungguhan seorang lelaki. Muka dia baik. Suka senyum. Berkawan hampir 5 bulan, dia mula menyuarakan hasrat untuk masuk meminang. 


Hati I berbelah bagi. I takut dia tak boleh terima I. Kalau boleh terima pun, I takut bila dah kahwin, kalau ada tergaduh, dia akan ungkit kisah silam i. Ngeri pikir masa depan.
Then, I ambik inisiatif untuk bagi hint dekat dia, I tanya apa pandangan dia dekat perempuan yang dah takde dara. Dia dah mula syak yang soalan tu sebenarnya berkaitan dengan I. Lepas di desak macam peluru berpandu, dengan tangisan ribut taufan, I mengaku dekat dia. 


Dia terdiam, terus ajak I balik. Dua hari dia menyepi. Beribu whatsapp I hantar, berjuta kali I call. I menangis macam nak gila, pada Yang Satu I mengadu. Hari ketiga I terima whatsapp, ‘Maaf aku tak boleh terima perempuan yang tak pandai jaga diri jadi teman hidup aku’. Serta-merta dia block i. Kat status one of social media dia update ‘muka cantik tapi dalam busuk kena tebuk tupai’. Lagi la nak gila I. I rasa macam muka I duduk kat bawah tapak kaki orang. 


Hampir 3 tahun I pujuk diri. I siap plan taknak kahwin, nak kumpul duit, nak bukak pusat jagaan untuk anak-anak yatim and homeless. Tapi sekental mana pun I rancang masa depan I, Allah tu jugak sebaik-baik penentu.
Kawan lelaki sekelas yang I langsung tak pernah duduk bersembang masa zaman universiti dulu DM kat fb tanya khabar i. Mula I malas nak layan. Lagi pulak dia ni kawan kepada si jantan celaka yang I paling benci. Tapi bila dia mention nama si jantan celaka, I terus drop nombor I sebab dia insist nak nombor i. So dia terus call i. Dia cakap dia nak sampaikan pesanan jantan tu pada i. Guess what? After 5 years, si jantan tu cari I untuk mintak maaf dengan I, dia just stalk I dari jauh. 


Nak contact, dia takut sangat plus I pun memang dah tukar nombor. Dia menyesal sangat dengan apa yang dia dah buat dulu. Allah bayar cash kat dia, dia kena tangkap basah dengan janda anak dua. Tak tahu lah kena perangkap atau memang dia ada buat bukan-bukan dengan perempuan tu. Tapi dia dah selamat kahwin dah pun dengan perempuan yang langsung dia tak pernah cinta, beza umur 7 tahun pulak tu. 

Now, umur I dah 27 tahun, setelah 6 tahun I makan hati, menangis untuk the wrong person, Allah hadiahkan I seketul lelaki yang boleh terima baik buruk i. I tak cerita pun apa yang berlaku tapi dia tahu sendiri. Macam mana dia tahu? Sebab dia kawan kepada lelaki celaka. Hehehe.
Btw dah sebulan I jadi isteri dia. Sungguh, Allah itu sebaik-baik penentu hidup hambaNya. Dia minat I since first day dapat sekelas sama-sama dulu. Patut lah dalam kelas dulu lecturer ingat I dengan dia kembar, rupanya ini jodoh i. Doakan jodoh kami kekal hingga ke syurga. 


To girls out there, first of all, once you dah hilang dara bukan atas kerelaan you, jangan fikir dunia you dah tamat, Allah ada dengan orang teraniaya. I taknak komen pasal girls yang rela ‘memberi’, tapi ingat, bukan semua lelaki boleh terima you takde dara. Okay itu saja, semoga hidup kita semua dirahmati. Aamiin.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA ‘Maaf aku tak boleh terima perempuan yang tak pandai jaga diri jadi teman hidup aku’.... ‘muka cantik tapi dalam busuk kena tebuk tupai’.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top