Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ini Jumlah Air Kencing Dalam Kolam Renang PASTI MENGEJUTKAN ANDA DAN SANGAT BAHAYA PADA ANAK KECIL...



sekadar gambar hiasan

Kalau anda perasan di setiap kolam renang pasti ada peringatan supaya tidak kencing ketika sedang berenang namun peringatan itu kadang kala tidak diendahkan dan percayalah setiap kolam renang pasti telah bercampur dengan air kencing.


Namun jumlahnya tidaklah terlalu banyak dan satu kajian telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Alberta, Kanada dengan melakukan ujian tahap pencemaran urin terhadap 31 kolam renang dan tab air panas sekitar Kanada.

Menerusi kajian tersebut, sebanyak 250 sampel telah dikumpulkan dan diuji untuk mengetahui jumlah urin atau air kencing yang ada dalam sesebuah kolam renang.

Keputusan dari ujian tersebut mendapati sebuah kolam renang yang mempunyai 830,000 liter air dengan keluasan kira-kira 1/3 kolam renang Olimpik dicemari 75 liter urin.


Manakala bagi kolam renang yang bersaiz lebih kecil pula mengandungi 30 liter bacaan urin dalam kolam renang tersebut.

Kajian tersebut dijalankan oleh penyelidik dengan mengukur tahap pemanis tiruan, asesulfam-K (ACE) melepasi sistem tubuh badan secara menyeluruh dan dikenal pasti sebagai penanda aras tahap urin yang ideal.

Secara saintifiknya urin tidak memudaratkan namun ada kemungkinan apabila bercampur dengan bahan kimia lain di dalam kolam ia boleh memberikan kesan kepada orang awam yang menggunakan kolam renang.

Jadi bagi anda yang gemar berenang di kolam renang awam mungkin boleh memilih waktu ketika air kolam baru ditukar yang mana tahap kebersihannya masih lagi tinggi.


http://vitdaily.com/kajian-ini-jumlah-air-kencing-dalam-kolam-renang/



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA Ini Jumlah Air Kencing Dalam Kolam Renang PASTI MENGEJUTKAN ANDA DAN SANGAT BAHAYA PADA ANAK KECIL.... TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top