Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Chong Wei mara separuh akhir, bakal bertemu Lin Dan di final

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan seteru utama dari China, Lin Dan hanya selangkah lagi untuk merealisasikan pertembungan final impian di Seluruh England apabila masing-masing mara ke separuh akhir kejohanan tertua itu, sebentar tadi.


Chong Wei yang memburu kejuaraan keempat menewaskan rakan sepasukan Lin Dan, Tian Houwei di suku akhir 21-12, 21-15 untuk bertemu Chou Tien Chen dari Taiwan di separuh akhir, awal pagi esok.

Lin Dan yang juga juara bertahan bagaimanapun terlebih dahulu menempah tiket dalam kelompok empat terbaik dengan menundukkan pilihan ketiga dari Denmark, Viktor Axelsen, 8-21, 21-14, 21-15.

Juara lima kali kejohanan berprestij itu dijadual bertemu Shi Yuqi di separuh akhir selepas rakan negaranya itu menewaskan pemain Jepun, Kazumasa Sakai, 21-13, 21-4.

Selain Chong Wei, turut mara ke separuh akhir ialah pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying. - Bernama /kosmo.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Chong Wei mara separuh akhir, bakal bertemu Lin Dan di final. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top