Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Bekas anggota TLDM maut dikelar....AL -FATIHAH BUAT ARWAH


Sitiawan: Bekas anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) ditemui mati dipercayai dibunuh di Jalan Kampung Cina, Taman Sri Mawar di sini, 8.30 pagi tadi.


Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Supian Md Samat, 34, ditemui terbaring berlumuran darah di dalam semak dengan kesan kelar di leher oleh orang awam yang melalui kawasan berhampiran.

Difahamkan, mangsa dikatakan baru pulang bercuti dari kursus di Kedah dan tinggal di Taman Sri Mawar dekat sini bersama isteri dan seorang anak perempuan.

Turut ditemui motosikal mangsa dalam keadaan tumbang kira-kira dua meter daripada mayat.

Isteri mangsa turut berada di lokasi bagi urusan pengecaman mayat sebelum dibawa pulang oleh ahli keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Zailan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan lanjut masih dijalankan.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA Bekas anggota TLDM maut dikelar....AL -FATIHAH BUAT ARWAH. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top